JIKA sebelum ini, penyanyi Zila Seeron tampil membuat permohonan maaf terhadap bekas suaminya, Along Cham dan keluarga mentua di dalam sebuah program temu bual di TV.
Along bagaimanapun, dilihat enggan memberikan sebarang reaksi terhadap permohonan maaf itu.
“No komen,” itu jawab pelakon dan pelawak kepada Harian Metro.
Selain memohon maaf, Zila, 28, turut meluahkan perasaannya termasuk kerinduannya terhadap anak tunggal mereka, Ahmad Danial, 5, yang kini dijaga ibu mentua.
Kontroversi pasangan ini hangat diperkatakan selepas Zila mendakwa dihalau oleh Along. Namun, Along dalam satu kenyataan menafikan hal tersebut.
Dalam keretakan rumah tangga yang dialami itu, satu Malaysia dikejutkan pula dengan berita Zila ditangkap khalwat.
Dek kerana itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini teruk menerima kecaman netizen.
Rasa marah dan kecewa Along terhadap bekas isterinya itu juga dilihat media apabila enggan membalas salam tangan yang dihulurkan Zila di luar perkarangan mahkamah. – MYNEWSHUB.CC