• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wira Sukan Paralimpik Disambut Gembira Keluarga

oleh AK-47
22/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kepulangan wira dan wirawati negara daripada Sukan Paralimpik di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut gembira oleh ahli keluarga masing-masing.

Bagi Mohamad Puzi Mat Isa, 56, beliau bersyukur dapat berjumpa dengan anaknya, Mohamad Ridzuan yang dikenali dengan panggilan manja ‘Dikwan’ setelah lebih tiga bulan tidak dapat meluangkan masa yang lama bersama disebabkan atlet berkenaan giat menjalani latihan intensif sebelum ke Brazil.

“Pakcik rasa amat terharu memandangkan sudah lebih tiga bulan tidak berjumpanya. Pakcik tinggal di Perlis dan beliau pula di Kuala Lumpur, jadi memang susah nak jumpa, apa lagi jadual latihannya memang padat sebelum ke Brazil.

“Cuma pakcik dan isteri (Lailah Salleh) berkesempatan berjumpanya seketika sewaktu menghantar beliau ke Brazil di KLIA, awal bulan ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

“Terpulang kepada Mohamad Ridzuan sama ada ingin pulang ke Perlis terlebih dahulu atau meneruskan program latihan yang sudah dirancang jurulatihnya, cuma pakcik ingin berpesan kepadanya supaya kekalkan prestasi cemerlang seperti ini,” katanya.

Berkongsi pandangan sama adalah ibu kepada Abdul Latif Romly, Salmah Yatim, 58, yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya walaupun jarang berjumpa memandangkan atlet berkenaan sibuk menjalani latihan di Kuala Lumpur.

“Saya sentiasa ikuti perkembangan semasa beliau walaupun sudah lebih sebulan tidak berjumpa dengannya. Makcik datang dengan suami (Romly Mat) dari Perlis semalam dan bila nampak dia, perasaan itu bertambah sayu.


“Makcik harap dia terus berjuang dalam bidang sukan yang diminatinya sejak di bangku sekolah dan mengharumkan nama negara,” katanya.

Terdahulu, pesawat EK0346 membawa kontinjen negara selamat tiba di Kompleks Bunga Raya kira-kira pukul 3.14 petang, diberikan penghormatan ‘water salute‘ susulan kejayaan cemerlang pada temasya sukan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia.

Kontinjen paralimpik mencipta sejarah cemerlang sukan negara apabila meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke-36 dalam pungutan pingat keseluruhan.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan dalam acara 100m T36, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20, yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Pingat emas ketiga diraih Abdul Latif dalam acara lompat jauh T20 yang turut mencatat rekod baharu dunia dengan lompatan 7.60m manakala gangsa diraih Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20 dengan memperbaharui rekod Sukan Para Asia dengan jarak 5.20m. – BERNAMA

Tags: paralimpik rio
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Koleksi Setem Khas Rai Wirawan Paralimpik Negara

20/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengeluarkan koleksi setem 'Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016' sempena...

Ziyad Terima Insentif RM150,000, Rumah RM400,000

01/11/2016
0

SHAH ALAM - Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli akan menerima insentif wang tunai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd