• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Rayu Cari Jalan Bebaskan Mangsa Culik Dent Haven

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Semua waris kepada lima mangsa culik sekumpulan lelaki pada Julai lepas merayu kepada kerajaan agar mencari jalan segera untuk membebaskan mangsa.

Isteri Tayudin, Gustia Sultan, 46, berkata semua waris keluarga mangsa buntu mencari jalan untuk membebaskan mangsa culik itu di perairan Dent Haven, Tambisan di Lahad Datu.

“Kami sudah habis ikhtiar, tidak tahu lagi mahu buat apa, suami kami kata mereka hidup sengara di sana, tapi kami juga hidup susah di sini, ini pun baik ada majikan yang masih memberi kami wang untuk menampung hidup,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Gustia berkata, suami dan rakan-rakannya yang diculik kini berada dalam keadaan terseksa di bawah tahanan kumpulan Abu Sayyaf.

“Saya bimbang soal keselamatan suami dan yang lain kerana mereka dipukul hingga lebam dan kadang-kadang mereka tidak diberikan makanan dan minuman, malah minum air parit sahaja.

“Setiap malam ketika tidur, tangan diikat… kalau hujan mereka berhujan dan ketika matahari terik mereka dijemur,” katanya lagi dengan linangan air mata.

Mangsa-mangsa culik itu dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; empat kru bot iaitu Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau; dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau.

Gustia berkata, suaminya kerap menghubunginya melalui telefon dipercayai milik salah seorang anggota penculik itu dan memberitahu bahawa kumpulan penjenayah itu meminta wang tebusan 20 juta peso (RM1.7 juta) untuk seorang.

Menurutnya, kerajaan diharap dapat menggandakan usaha atau perundingan untuk membebaskan semua mangsa culik itu.

“Kami juga akan merayu untuk melakukan kutipan derma dari orang ramai bagi mengumpul 100 juta Peso atau pun kira-kira RM8.6 juta bagi membebaskan kesemua tebusan,” katanya.

Sementara itu, Haryanti Hasmih, 31, isteri kepada Mohd Ridzuan, pula berkata suaminya sentiasa bertanyakan mengenai wang tebusan untuk membebaskannya dan rakan-rakan kerana dikhuatiri penculik berkenaan bertindak di luar kawalan.

“Saya hanya mampu cakap sabar, kerajaan sedang berusaha membebaskan mereka,” katanya.

Turut hadir ialah Sutino Jamalu, 50, isteri kepada Abdul Rahim; Hasmia Lahapi, 50, ibu kepada Fandy; dan Siarah Lageno, 49, ibu Mohamad Jumadil. – BERNAMA

Tags: culikJenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fizie Hot FM Nafi Bogel, Buat Laporan Polis

Next Post

Pengguna ‘Kongsi’ Jalan Raya Dengan 4 Ekor Kuda

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post

Pengguna 'Kongsi' Jalan Raya Dengan 4 Ekor Kuda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd