• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dirempuh Anak Sendiri

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang penunggang motorsikal berusia 69 tahun maut apabila kenderaannya dirempuh oleh sebuah kereta yang kebetulan dipandu oleh anak lelakinya sendiri berhampiran Batu 6, Jalan Gambang, di sini, semalam.

Ab Jabar Ab Wahab, dari Kampung Permatang Badak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt. Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, mangsa yang menunggang motorsikal Honda Wave, menukar laluan jalan secara tiba-tiba selepas membuat pusingan-U.

“Pemandu Perodua Viva yang berhampiran dengan mangsa terpaksa membelok secara tiba-tiba untuk mengelak daripada berlanggar dengan motorsikal tersebut, namun gagal mengawal kenderaannya.

“Kereta itu merempuh belakang motorsikal tersebut, menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh ke atas jalan raya,” terang Noor Yusof.

Pemandu Viva tersebut, Ahmad Shahrim Ab Jabar, 41, turun daripada keretanya untuk melihat mangsa yang rupanya bapa beliau sendiri.

“Orang awam cuba untuk membantu, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba beberapa minit selepas itu,” kata Noor Yusof, sebelum menambah bahawa anak lelaki mangsa tidak mengalami kecederaan.

Noor Yusof berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) di dalam Akta Pengangkutan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangan mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd