• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dakwa Rumah Baharu ‘Dihuni’ Makhluk Halus

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENYERAMKAN apabila rumah yang baru sebulan didiami bersama-sama keluarga turut disertai ‘penghuni’ lain.

Kejadian aneh ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Cahaya Chenta yang dimuat naik di laman Facebook Pencari Entiti Crew – PEC iaitu sebuah kumpulan penyiasat paranormal tempatan.

Menurut Cahaya Chenta, dia dan keluarga terpaksa berdepan detik menyeramkan setiap hari apabila sering diganggu makhluk halus selepas berpindah ke rumah baharu yang terletak di Sungai Chua, Kajang, Selangor.

Beberapa kejadian pelik menimpa mereka sekeluarga, antaranya terdengar bunyi ‘orang’ berjalan menaiki tangga, selain barang permainan anaknya yang telah rosak secara tiba-tiba berbunyi.

 Wanita Dakwa Rumah Baharu 'Dihuni' Makhluk Halus

Anaknya juga sering mengadu melihat ‘wajah buruk’, namun dia enggan mempercayai perkara tersebut sehinggalah pengasuh anaknya berjaya merakam entiti berkenaan yang kelihatan berada di tangga.

“Pengasuh hantar gambar dan kami buat bacaan Al-Quran dan Ayat Ruqyah. Betul-betul mengacau kat dapur, main mainan anak-anak. Tekan-tekan tukar lagu. Saya tak puas hati, ambil mainan itu, rupanya mainan itu sudah rosak,” tulis Cahaya Chenta menerusi screen shot komen yang dikongsi Pencari Entiti Crew – P.E.C pada 10 September, lalu.

Netizen turut mencadangkan Cahaya Chenta untuk mendapatkan pengamal perubatan Islam yang berpengalaman untuk mengusir makhluk halus itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HantuKajangmakhluk halus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

01/12/2025
0

OLEH MYNEWSHUB  CIANJUR, 1 Disember 2025 – Suasana kecoh tercetus di sebuah kilang pengeluaran boneka, PT Aurora World di Sukaluyu,...

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

06/02/2025
0

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd