• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

oleh AK-47
26/09/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bekas wartawan TV3 mendakwa dirinya diugut bunuh oleh Pembantu Peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekiranya tidak menyerahkan anak kepada bekas isterinya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, mangsa, Mohd Adli Effendy Mohd Zaki, 35, turut mendakwa dipukul sekumpulan lima lelaki hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian mata, muka, badan dan kaki.

Menurutnya, dia telah diarahkan oleh pihak mahkamah menerusi peguam kepada bekas isterinya untuk menyerahkan anak perempuan mereka di Hentian Bas Sekolah Rendah Bandar Utama 4.

“Beberapa minit kemudian datang dua buah kereta jenis Vellfire berwarna hitam yang dinaiki lebih kurang lima orang lelaki termasuk suami kepada bekas isteri saya.”

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Memetik laporan polis yang dibuat Mohd Adli Effendy, kumpulan lelaki itu telah mengheret dan memaksa anaknya masuk ke dalam kereta untuk diserahkan semula kepada bekas isterinya.

“Seorang perempuan berumur lingkungan 30an telah mengheret dan memaksa anak saya masuk ke dalam kereta. Anak saya telah meronta dan meraung meminta tolong.

“Saya telah cuba menasihati mereka agar tidak menggunakan kekerasan terhadap anak saya tetapi saya terus dipukul bertubi-tubi,” katanya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Damansara, petang semalam.

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Jelas mangsa selain dirinya yang mengalami kecederaan, isteri dan ibunya turut dikasari sehingga menyebabkan kecederaan teruk. Malah, barang-barang miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta miliknya turut dipecahkan.

Tambahnya, salah seorang suspek yang mendakwa dirinya merupakan pembantu peribadi kepada Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengugut untuk menembaknya.

“Salah seorang dari mereka yang mendakwa dirinya sebagai Pembantu Peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut untuk menembak saya dan isteri jika saya tidak menyerahkan anak saya kepada bekas isteri,” katanya.

Video: Ex-Wartawan Majalah 3 Dakwa Dipukul PA Menteri

Dalam pada itu, Astro Awani dalam laporannya memaklumkan bahawa sumber polis mengesahkan individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut tiada kaitan dengan KDN.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din dikatakan enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.

“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana kita masih lagi menjalankan siasatan berkenaan kes ini.

“Tak..tak.. Dia bukanlah orang yang ada kaitan dengan KDN. Setakat yang kita boleh sahkan masa ini, dia memang tiada kaitan. Itu sahaja,” demikian komen beliau ketika dihubungi, lapor Astro Awani.

Kelima-lima individu yang kini ditahan untuk membantu siasatan kes, disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JenayahKes Ugutpergaduhanvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

10/11/2025
0

Subang Jaya: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan beberapa video tular di media sosial yang didakwa mengaibkan anggota Unit Rondaan...

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd