• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan Tak Dapat Kebenaran Rayu Kes Plat WWWI

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka memperoleh ganti rugi berjumlah RM250,000 dalam saman fitnah berhubung dengan nombor plat WWW1 yang dibida oleh Sultan Johor.

Ini susulan keputusan panel tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd bagi benaran untuk memfailkan rayuan.

Utusan Melayu memohon kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar dan memerintahkan`syarikat akhbar itu membayar ganti rugi kepadanya.

Panel itu yanhg juga dianggogtai oleh Hakim Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Ramly Ali memeruintahkan Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM10,000. Mohammad Nizar menyaman Utusan Melayu berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Utusan Malaysia, mengenai komen beliau (Mohammad Nizar) dalam laman Twitter berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata beliau membuat kenyataan pada 28 Mei 2012 mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi laman Twitternya yamng kemudian disiarkan oleh akhbar tersebut pada 31 Mei, 2012.

Pada 4 Julai 2013, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mendapati Utusan Melayu telah memfitnah Mohammad Nizar dan memerintahkan syarikat akhbar itu membayar RM250,000 sebagai ganti rugi am dan ganti rugi teladan kepada Mohammad Nizar.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 6 Disember, 2013 sebelum Utusan Melayu membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan. Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Utusan Melayu sementara peguam Asmuni Alwi dan Mohd Fitri Asmuni mewakili Mohammad Nizar. – BERNAMA

Tags: nombor platUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Dakwa Rumah Baharu ‘Dihuni’ Makhluk Halus

Next Post

Mereka Layak Terima Insentif Sama Seperti Atlet Biasa – LCW

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

20/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Tindakan meletakkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kenderaan sendiri tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan saman walaupun ia...

Next Post

Mereka Layak Terima Insentif Sama Seperti Atlet Biasa - LCW

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd