• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Agih Daging Korban 5 Pusat Tahfiz, Anak Yatim

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini mengagihkan daging korban kepada lima buah pusat jagaan anak-anak yatim dan tahfiz di Perlis sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata program seperti ini dilaksanakan UniMAP sejak 11 tahun lalu bagi meraikan anak-anak yatim dan golongan asnaf khususnya.

“Sebanyak 10 ekor lembu dan empat ekor kambing telah dikorbankan, sebahagian daripada daging itu disedekahkan kepada lima pusat kebajikan iaitu Rumah Hembusan Kasih, Asrama Yayasan Saad, Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat, Maahad Tahfiz Al-Hikmah dan Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Raudah.

“Selain beramal melalui sumbangan seperti ini, secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan UniMAP dengan anak-anak yang kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ibadah Korban UniMAP di kampus Kubang Gajah di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana ibadah korban masih mampu dilaksanakan oleh warga UniMAP walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika ini.

“Tahun ini merupakan tahun kedua amalan korban dilaksanakan melalui potongan gaji bulanan warga UniMAP bagi membantu merealisasikan hasrat mereka yang ingin melakukan ibadah korban.

“Saya dapati kaedah ini amat praktikal kerana ia umpama ‘tabung simpanan’ kepada kakitangan yang berhajat melaksanakan ibadah korban tetapi sukar mencukupkan wang mereka jika dikumpul sendiri,” katanya.

Sementara itu, pelajar UniMAP yang tidak pulang beraya ke rumahnya di Putrajaya, Ahmad Ashraf Abdul Halim, 25, ketika ditemui berkata majlis korban yang diadakan di kampus itu sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kepada keluarganya yang jauh di mata.

“Waktu cuti yang singkat membuatkan saya memilih untuk tidak pulang beraya bersama keluarga di Putrajaya dan kesempatan yang ada ini saya sibukkan diri dengan menyertai aktiviti korban yang diadakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ibadah korbanUniMAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

Selangor Benar Laksana Ibadah Korban Dengan SOP Umum

20/06/2022
0

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) umum sama ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd