• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, BN Sabah Mampu Berdepan Parti Baharu – Zahid

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman akan tetap mantap dan mampu menangkis sebarang serangan di sebalik usaha menggerakkan satu parti pembangkang di negeri itu.

Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, menyifatkan tindakan itu satu kejanggalan sebagaimana yang berlaku apabila seorang bekas presiden UMNO dan pengerusi BN bersama bekas timbalan presiden UMNO dan timbalan pengerusi BN mewujudkan parti baharu baru-baru ini.

“Tetapi saya harus nyatakan bahawa atas rasa hormat dan sikap profesional, kita tidak menidakkan hak rakyat Malaysia untuk berpolitik demi menterjemahkan semangat demokrasi yang diamalkan kerajaan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Khamis.

Mohd Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pada Khamis untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.

“Kita akan berlaku adil dan ROS akan melakukan tindakan secara profesional sebagaimana kita mendaftarkan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ahmad Zahid menegaskan apa yang penting ialah jentera UMNO dan BN keseluruhannya diperkasakan bagi menentukan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Mohd Shafie bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah digantung keanggotaannya pada 24 Jun 2016. – BERNAMA

Tags: UMNO SabahZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Dengan 31 Jari Jalani Pembedahan

Next Post

Lelaki Cedera Parah Kereta Masuk Lubang Sedalam 10 Meter

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Lelaki Cedera Parah Kereta Masuk Lubang Sedalam 10 Meter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd