• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Mesti Sokong Pindaan Akta 355 – PAS

oleh Ahmad Albab
02/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua umat Islam bertanggungjawab menyokong penuh pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pindaan ke atas akta tersebut tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga menjadi satu polemik.

“Isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin.

“Dalam suasana negara menyambut kemerdekaan ke-59, negara perlu berganjak kepada suasana lebih baik dari yang ada,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasrat PAS untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah mendapat tentangan hebat segelintir pihak terutama pemimpin Pakatan Harapan daripada DAP.

Malah, pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari pernah mendakwa pindaan ke atas Akta 355 adalah untuk melaksanakan undang-undang hudud yang bakal mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah.

Beliau turut melahirkan kebimbangan jika kes curi, rompakan dan liwat akan terkeluar daripada undan-undang Persekutuan dan diletak di bawah undang-undang syariah.

“Ia bukan sekadar memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam penentuan hukuman, ia akan turut memisahkan masyarakat serta menyekat kebebasan peribadi umat Islam. Apakah jaminan bahawa sistem ini akan mengadili dengan adil?,” soal Zairil. – MYNEWSHUB.CC

Tags: RUU 355Tuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Akan ‘Makan Kawan’ Bila Semakin Berkuasa, Tuan Ibrahim Beri Amaran

UMNO Akan ‘Makan Kawan’ Bila Semakin Berkuasa, Tuan Ibrahim Beri Amaran

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran Umno akan mengkhianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa....

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd