• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Go-Kart: UTM Peroleh Kelulusan MAM

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace) 2016 hari ini, menafikan mereka tidak pernah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Naib canselornya Profesor Datuk Ir. Doktor Wahid Omar berkata permohonan untuk aspek keselamatan dikemukakan kepada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang merupakan badan yang berhak untuk mengeluarkan permit keselamatan.

“Selama sembilan tahun penganjuran, kita telah mendapat permit daripada MAM dan tidak pernah berurusan dengan pihak lain. Untuk tahun ini, kita juga telah memperoleh permit kerana tanpa permit keselamatan, perlumbaan tidak boleh diadakan.

“Semua aspek keselamatan sudah termasuk dalam permit dan diperiksa sebelum dan semasa perlumbaan berlangsung. Jika ada aspek keselamatan yang tidak dipenuhi, MAM boleh menarik balik permit pada bila-bila masa,” katanya.

Wahid berkata demikian kepada pemberita semasa melawat kawasan kenderaan jenis go-kart terbabas dan melanggar sebuah keluarga sehingga menyebabkan penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anak bongsunya Nur Zulaikha, lima, meninggal dunia.

Kemalangan yang dipercayai berpunca daripada pergeselan tiga buah go-kart itu turut menyebabkan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, tujuh, cedera.

Turut meninjau kawasan kejadian ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur dan mereka turut mendengar taklimat selama kira-kira 15 minit daripada pengarah program Profesor Madya Dr. Aminudin Abu.

Hari ini, sebuah media tempatan melaporkan dakwaan AAM bahawa penganjur EIMARace 2016 meneruskan perlumbaan tanpa kelulusan ekoran kos penyediaan aspek keselamatan yang tinggi.

Wahid juga berkata wakil MAM juga berada di litar perlumbaan sepanjang ia berlangsung bagi meninjau aspek keselamatan termasuk keselamtan jentera telah dipatuhi pihak penganjur.

“UTM akan membuat siasatan dalaman dan kejadian ini adalah pengajaran kepada kami dalam penganjuran acara yang berisiko di masa hadapan,” katanya dan menambah hasil siasatan itu akan diumumkan kepada umum.

Berhubung pemilihan Jalan Sukpa di Indera Mahkota sebagai litar perlumbaan, Wahid berkata saranan itu datang daripada kerajaan negeri dan pihaknya telah meninjau kesesuaian jalan serta mendapat kelulusan daripada MAM.

Terdahulu, Wahid dan Noorul Ainur turut meluangkan masa selama kira-kira 15 minit menziarahi Siti Suhaiza di kediamannya di Astana Permai di sini, untuk menyampaikan salam takziah dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Mereka juga melawat Muhammad Izz Danial di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, yang kini dalam keadaan stabil dan dijaga oleh emak saudaranya. – BERNAMA

Tags: Go-Kartkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd