• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Dipenjara 3 Bulan, Denda RM1,800 Kes Hasut

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Tian Chua dipenjara tiga bulan dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sini pada 2013.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau juga memerintahkan Tian Chua dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Zulqarnain membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Tinggi selesai dan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua yang jugs Anggota Parlimen Batu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan dalam ceramah.

Beliau menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam N.Surendran dan Latheefa Koya. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenhasutanTian Chua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Lelong Dara Untuk Tampung Yuran Pengajian

Next Post

Akibat Balik Lambat, Isteri Gigit Jari Suami Hingga Putus

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Next Post

Akibat Balik Lambat, Isteri Gigit Jari Suami Hingga Putus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd