• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Nota Pesan Untuk Mu, Wahai Sang Bayi

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada nota pesanan ditinggalkan untuk bayi lelaki yang ditemui di Surau Setapak Jaya di sini, tengah hari semalam.

Bayi itu yang masih bertali pusat dan berbalut kain batik ditemui jemaah surau itu yang baru selesai menunaikan solat Zuhur kira-kira 1.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bayi seberat 1.4 kilogram itu dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan.

“Tiada kesan lebam dan kecederaan pada bayi selain tiada nota diletakkan berhampiran bayi terbabit.

“Polis percaya bayi ini dilahirkan di rumah ibunya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan ibu bayi ini sedang dijalankan,” katanya sambil menambah bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seorang saksi, Muhammad Muhizar Rosli, 26, ketika dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah lelaki yang melihat terdapat kain batik di satu kawasan di dalam surau itu.

“Apabila diperiksa kain batik itu kami terkejut ia membaluti bayi yang masih hidup.

“Memang saya tidak dengar tangisan bayi sebelum solat Zuhur,” katanya. – BERNAMA

Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd