• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Elemen Keganasan Kapal Muatan Baja Ditahan

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada elemen yang boleh dikaitkan dengan aktiviti keganasan dalam kes penahanan kapal yang membawa 30 tan baja didakwa dari Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata andaian polis Indonesia bahawa bahan kimia itu mungkin digunakan untuk membuat bom adalah tidak munasabah dan mungkin sekadar persepsi sebelum siasatan penuh dilakukan.

“Baja merupakan barangan yang dibawa oleh kapal di seluruh dunia dan ia bukan sesuatu yang abnormal,” katanya kepada media selepas melancarkan karnival 1AmanWeek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penahanan kapal itu di pulau peranginan Bali semasa dalam perjalanan ke pulau Sulawesi, timur Indonesia, satu wilayah yang didakwa terkenal dengan keganasan militan.

Khalid berkata kapal yang membawa baja itu tidak mungkin digunakan untuk tujuan lain selain perladangan dan pertanian.

“Bagi saya 30 tan baja adalah satu jumlah yang banyak untuk dibawa oleh sebuah kapal seperti itu, apatah lagi jika untuk kegiatan pengganas kerana bagi tujuan berkenaan, cara lain akan digunakan.

“Jadi, janganlah kita pula membuat kesimpulan seolah-olah negara kita merupakan pembekal baja untuk pengganas sebelum siasatan dilakukan,” katanya.

Khalid berkata pihaknya telah menghubungi polis Indonesia bagi mendapatkan maklumat dan gambaran lebih terperinci berhubung kapal, anak kapal dan muatan yang dibawa.

Dalam pada itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju dan sedia menerima seorang tahanan Guatanamo Bay warga Malaysia jika individu berkenaan dipindahkan ke penjara di negara ini.

Beliau berkata sebagai pihak bertanggungjawab, PDRM juga bersedia untuk menjaga dan memulihkan tahanan tersebut atas kapasiti sebagai rakyat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berkata Mohamad Bashir Lap, seorang daripada dua warga Malaysia yang ditahan di penjara Guatanamo Bay mungkin dipindahkan ke penjara di tanah air dan menjalani proses deradikalisasi.

Mohamad Bashir dan seorang lagi tahanan, Mohd Farik Amin, ditahan sejak 2006 kerana pembabitan mereka dengan Jemaah Islamiyah (JI) pada awal 2000, selain dikatakan terbabit dengan pengeboman Hotel J.W Marriott di Jakarta pada 2003 dan telah ditahan di Bangkok pada tahun sama.

Dalam perkembangan lain, Khalid menolak andaian polis bersikap pilih kasih dalam menyiasat individu tertentu antaranya Presiden Gerakan Merah Mohamad Ali Baharom atau Ali Tinju dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP berhubung kenyataan yang dibuat dua individu tersebut.

“Sebenarnya kita telah tahan Ali Tinju…malah dia yang dipanggil untuk membantu siasatan telah memberi kerjasama dengan hadir tepat pada waktunya ke balai polis dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Mengenai 1AmanWeek, Khalid berkata karnival tiga hari bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ itu bakal menampilkan pelbagai acara menarik, antaranya pameran aset polis serta gerai jualan. – BERNAMA

Tags: Kapalkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd