• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Sawa Tak Sempat Telan Babi

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Akibat berang tidak sempat menelan seekor babi hutan di kawasan semak di Parit Perupuk, Jalan Temenggong Abdul Rahman, di sini, ular sawa sepanjang 6.7 meter bertindak ganas ketika cuba melepaskan diri daripada ditangkap sepasukan empat anggota dan pegawai Agensi Pertahanan Awam (APM) Muar, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, hasil latihan dan peralatan terkini serta bantuan orang ramai, pasukan itu berjaya menangkap ular sawa seberat lebih 160 kilogram dalam tempoh 10 minit.

Pembantu APM Muar, Unit Bencana dan Operasi, Staf Muda Muhammad Izzuddin Ali berkata, pihaknya menerima panggilan keemasan pada jam 12.11 tengah hari dan sepasukan empat anggota serta pegawai dikejarkan ke lokasi.

“Apabila tiba, kami mendapati orang ramai mengerumuni ular sawa sepanjang 6.7 meter itu dan kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan melilit mulut ular sawa berkenaan menggunakan alat khas.

“Ia langkah keselamatan bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa ular sawa itu dan kami berdepan masalah apabila ular sawa itu meronta ketika kami cuba mengangkatnya.

“Kami berjaya membawa ular itu pulang ke pejabat APM Muar sebelum diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, orang ramai menemui ular sawa itu di kawasan semak sebelum menghubungi pihaknya.

Katanya, ketika ditemui, ular sawa itu melilit seekor babi hutan dan membaham sebahagian tubuh haiwan berkenaan, namun memuntahkannya semula apabila menyedari orang ramai mengerumuninya.

“Mujur orang ramai menghubungi kami dan apabila tiba, kami menggunakan peralatan menangkap ular sawa itu terutama melilit mulutnya menggunakan alat khas,” katanya. – myMetro Online

Tags: babi hutanular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

09/01/2026
0

  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hampir menemui ajal selepas digigit dan dibelit ular sawa batik berhampiran rumah bapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd