SELAIN penyanyi Haziq, tahniah juga kami diucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam yang telah pun selamat menimang cahaya, pada Isnin yang juga jatuh pada hari raya Aidiladha.
Isteri Sam iaitu Aida melahirkan bayi lelakinya kira-kira pukul 4.24 petang.

Berita gembira itu dikongsi Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar menerusi laman Instagram.
Sam turut berkongsi nama anak iaitu Maleeq bin Shamsul Annuar kepada peminat.
“Assalamualaikum dunia. Let me introduce to you Maleeq bin Shamsul Annuar,” tulisnya.
Rata-rata peminatnya dilihat meninggalkan ucapan tahniah menerusi laman sosialnya. – MYNEWSHUB.CC
