• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket MyKad Palsu Umpan PATI Bekerja Di Malaysia

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tawaran kad pengenalan palsu adalah antara taktik digunakan sindiket untuk menarik pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di negara ini.

Hanya dengan bayaran serendah RM300 sehingga RM1,000, PATI boleh mendapatkan kad pengenalan palsu ini ataupun MyKad, yang saling tidak tumpah dengan MyKad asli, dengan gambar mereka tertera di bahagian hadapan kad itu.

Namun Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohamad Yusri Hashim berkata apabila diimbas menggunakan mesin pengimbas MyKad, maklumat pengenalan diri berbeza dengan pemilik kad yang tertera.

Menurut beliau, sejak 2014, pihaknya telah menjalankan Ops ID setiap bulan dalam usaha membanteras kegiatan sindiket pemalsuan dokumen kad pengenalan, sijil kelahiran dan pasport.

“Kebanyakan maklumat pengenalan diri dalam MyKad palsu itu, datangnya dari pemilik yang kehilangan MyKad,” katanya kepada Bernama selepas Ops ID di sekitar Johor Bahru, awal pagi tadi.

Pada Ops ID yang bermula pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi tadi, seramai 32 PATI ditahan atas beberapa kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan, tidak mempunyai permit kerja yang sah serta memiliki MyKad palsu.

Serbuan ke atas tiga lokasi iaitu Flat Taman Rinting, Kampung Masjid dan Flat Taman Masai Utama itu, juga mendapati enam daripada mereka menggunakan MyKad palsu, manakala seorang lagi memiliki kad pengenalan orang lain.

Tangkapan itu melibatkan lima lelaki dan seorang wanita dari selatan Filipina serta seorang wanita warga Indonesia, katanya.

“Mereka yang ditahan mengaku membeli MyKad palsu daripada sindiket dengan tujuan mencari pekerjaan di negara ini membabitkan pelbagai sektor,” kata Mohamad Yusri.

Kesemua 32 PATI yang ditahan berusia antara 20 dan 55 tahun, terdiri daripada 18 lelaki, empat wanita dan 10 kanak-kanak, yang kemudiannya dibawa ke Kompleks Setia Tropika di sini, untuk tindakan lanjut.

Menurut Mohamad Yusri, JPN juga akan terus melakukan operasi pemeriksaan dokumen di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai penempatan warga asing yang menyalahgunakan serta memalsukan dokumen terutamanya kad pengenalan.

Bagi mereka yang didapati berbuat demikian, siasatan akan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ops ID malam tadi melibatkan 80 pegawai dan anggota dari JPN, Jabatan Imigresen dan juga Pasukan Gerakan Am (PGA). – BERNAMA

Tags: MyKadpalsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd