• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana RM15j: Pengerusi Bank Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
05/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan pengerusi sebuah bank bergelar Tan Sri daripada tahanan reman berhubung siasatan penyelewengan dana bernilai RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 65 tahun itu dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengemukakan permohonan melanjutkan reman.

Menurut jurucakap SPRM, pengerusi bank berkenaan dibebaskan dengan jaminan tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman ke atas Tan Sri itu bagi tempoh tujuh hari bermula 30 Ogos lalu. Lelaki itu ditahan di ibu pejabat SPRM ketika tampil memberi keterangan, pada 1.15 tengah hari, Isnin lalu (29 Ogos).

Susulan penahanan Tan Sri itu, akaun peribadinya dan keluarganya yang berjumlah hampir RM1 juta dibekukan SPRM.

Pada 25 Ogos lepas, SPRM menahan lapan orang termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan kes itu.

Mereka terdiri daripada seorang pengarah urusan, seorang pengurusan perolehan bank, dua peguam, tiga pemilik syarikat penerbitan dan seorang penulis buku yang juga mengurus syarikat.

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes telah dibebaskan manakala reman seorang daripada pemilik syarikat penerbitan dilanjutkan selama tujuh hari sehingga Khamis ini (8 Sept). – BERNAMA

Tags: reman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd