• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seram….Anak Patung Jadi Penumpang Pesawat

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENYERAMKAN…seorang penumpang sebuah syarikat penerbangan terkejut apabila mendapati seorang lelaki yang duduk berhampirannya telah membeli satu tiket penerbangan khas untuk anak patungnya.

Sara Novic, yang berasal dari Brooklyn, mengalami pengalaman menakutkan itu ketika terbang ke Cincinnati semalam.

Menurut Novic, lelaki misteri terbabit bersama anak patungnya yang diberikan nama Barbara itu mahu melawat sebuah muzium di Cincinnati.

“Berita baik….tiada orang duduk di kerusi tengah,’’ katanya yang memuatnaik entri tersebut dalam Twitternya.

Namun tidak lama kemudian, Novic menulis lagi dalam twitternya “Berita buruk…anak patung menyeramkan kepunyaan lelaki yang duduk di sebelah tingkap, duduk di sebelah saya (di tengah-tengah).”

Sebelum itu, kata Novic, lelaki misteri itu telah mencetuskan kekecohan di lapangan terbang disebabkan oleh anak patung berkenaan.

Ini kerana pasukan keselamatan di lapangan terbang cuba mengesan nama pada `boarding pass’ berdasarkan tarikh lahir yang diberikan namun mereka gagal.

Selepas seketika, barulah mereka mengetahui bahawa tiket itu dibeli atas nama Barbara, iaitu nama anak patung tersebut, dengan menggunakan butiran pasport palsu.

Susulan itu, lelaki misteri terbabit telah diingatkan supaya tidak lagi menempah tiket dengan menggunakan nama anak patung berkenaan setiap kali kedua-duanya terbang bersama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: patungpesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Majikan Pecat Pekerja Leka Bermain Pokemon Go

Next Post

Tukang Tilik Pegang Payudara Ramal Masa Depan

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

Next Post

Tukang Tilik Pegang Payudara Ramal Masa Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd