SEPUPU Ratu Elizabeth II tampil membuat pengakuan bahawa dirinya seorang pengamal seks sejenis, baru-baru ini.
Lord Ivar Mountbatten; 53, yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Penelope Thompson serta mempunyai tiga orang anak, mendedahkan bahawa dia selama ini berasa tertekan.
Ini kerana bangsawan itu perlu menyembunyikan nafsu songsangnya selama ini.

Namun, dia gembira kerana akhirnya dapat ‘membebaskan’ diri dan kini sedang berpacaran dengan James Coyle, pengarah perkhidmatan krew penerbangan.
Mereka difahamkan bertemu ketika sedang bermain ski di Verbier, Switzerland, beberapa tahun lalu.

Menurut Ivar, bekas isterinya mengetahui naluri seks songsangnya sejak sebelum mereka berkahwin lagi.
“Penny tahu yang saya biseksual sejak kami belum kahwin lagi. Saya beritahu dia yang saya suka dua-dua jantina. Dia memahami dan saya sentiasa bersyukur untuk itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

