• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Pihak Perlu Sokong Usaha PTPTN – Idris Jusoh

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap rakyat perlu menyokong tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha mengutip balik bayaran pinjaman termasuk menyenaraikan peminjam di dalam Pusat Rujukan Kredit dan Sistem Maklumat (CCRIS).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata dasar itu telah lama diperkenalkan bagi memastikan kelestarian pembiayaan pendidikan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata sekiranya peminjam menghadapi kesukaran membuat bayaran balik dalam tempoh yang telah ditetapkan, mereka boleh berbincang dengan PTPTN bagi menstruktur semula setiap pinjaman yang telah dilakukan.

“Saya ada menerima lebih 12 e-mel daripada peminjam sejak semalam yang mendakwa mempunyai masalah dengan PTPTN.

“Kesemua e-mel berkenaan telah saya kemukakan kepada PTPTN untuk tindakan selanjutnya termasuk menyiasat kes tersebut secara individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2016 di Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Persidangan sehari itu bertujuan membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan pembangunan program PSH dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

Semalam, PTPTN dalam kenyataan berkata pihaknya sentiasa membuka ruang rundingan kepada semua peminjamnya yang mempunyai masalah membuat pembayaran.

Idris berkata setiap peminjam PTPTN juga harus mempunyai sikap bertanggungjawab dalam membuat bayaran balik kerana ia merupakan keadilan sosial kepada pelajar baharu yang mahu membuat pinjaman sama.

Dalam pada itu, mengenai laporan 150 pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan kegagalan membayar hutang yuran pengajian sehingga mencecah RM4.5 juta, Idris berkata pihaknya akan membuat pengumuman rasmi Khamis ini termasuk jumlah sebenar pelajar yang terlibat.

“Rombongan kementerian ke Mesir pun telah pulang ke Malaysia semalam, jadi saya akan dapatkan maklumat jumlah sebenar pelajar terlibat sebelum tindakan susulan diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd