• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zika Dan Seks

oleh AK-47
12/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYAKIT deman akibat virus Zika umumnya merebak melalui gigitan nyamuk jenis aedes, namun ia juga boleh merebak melalui hubungan seks dan pemindahan darah.

Kajian mendapati virus Zika ini boleh berada dalam badan manusia dari 21 hari hingga 6 bulan. Jadi, mereka yang dijangkiti virus ini dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks dalam tempoh itu bagi mengurangkan pendedahan risiko kepada pasangan.

Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu mengenai Zika dan Seks yang dikongsikan oleh Pengarah D1SC, MIMPA dan Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahesh Appannan:

1. Virus Zika boleh terkandung dalam darah, air kencing, air mani atau cecair faraj. Ada kajian mengatakan virus Zika boleh bertahan dalam badan manusia dari 21 hingga 30 hari, ada pula mengatakan selama lapan minggu malah ada mengatakan ia boleh berada dalam badan selama enam bulan. Tetapi hingga kini, kajian masih dilakukan bagi mengenal pasti tempoh virus Zika dapat bertahan dalam badan manusia.

2. Bagi lelaki, virus Zika boleh berada dalam air mani selama enam bulan sementara untuk wanita, virus tersebut boleh terkandung dalam ceciar faraj sehingga dua bulan. Ini bermakna jika wanita yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dalam lingkungan dua bulan, risiko pasangan mereka dijangkiti virus Zika adalah tinggi. Manakala jika kaum lelaki yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dengan pasangannya, risiko pasangan mereka mendapat virus Zika adalah tinggi dalam tempoh enam bulan ini.

3. Penggunaan kondom sangat penting dan boleh mengurangkan risiko menjangkiti virus Zika melalui hubungan seks. Jika seseorang tidak melakukan sebarang hubungan seks termasuk seks luar tabii dan seks oral, ia akan menghapuskan risiko dijangkiti atau menyebarkan virus Zika sama sekali.

4. Mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya seseorang sudah dijangkiti virus Zika, untuk kaum lelaki adalah disarankan menggunakan kondom atau tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama simptom Zika. Manakala bagi kaum wanita, sekurang-kurangnya dua bulan atau lapan minggu. Bagi sesiapa yang baharu sahaja balik dari negara yang endemik Zika, mereka dinasihatkan untuk gunakan perlindungan iaitu kondom atau tidak melakukan hubungan seks selama lapan minggu atau dua bulan.

Jadi, kepada mereka yang dijangkiti virus ini disarankan menggunakan kondom atau lebih mudah untuk tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama menerima simptom Zika.

Setakat ini, sebanyak tiga kes virus Zika dilaporkan di negara ini termasuk melibatkan seorang wanita hamil di Johor Bahru.

Kes pertama melibatkan virus ini di negara pada awal September lalu, membabitkan seorang wanita dari Klang, Selangor dijangkiti selepas pulang dari Singapura dan kes kedua membabitkan seorang lelaki di Sabah meninggal dunia akibat komplikasi jantung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: faktaseksvirus zika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adab Menyembelih Haiwan Korban Mengikut Sunnah

Next Post

Orang Utan Miang Cium Pelancong Wanita

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

08/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang gadis bersama tunangannya melalui detik hitam dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka...

Next Post

Orang Utan Miang Cium Pelancong Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd