• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah, 2 Buah Kereta Dihempap Pokok Kelapa

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebuah rumah dan dua buah kereta dihempap sebatang pokok kelapa di Kampung Pulau Kundur di sini, dalam kejadian ribut lewat petang semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.45 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami dapati sebatang pokok kelapa telah tumbang dan menghempap sebuah rumah dan dua buah kereta jenis Cherry MPV dan Honda Accord.

“Kami kemudiannya bertindak memotong pokok kelapa tersebut dengan menggunakan dua unit gergaji rantai dengan dibantu oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Che Mazlan berkata kejadian berpunca daripada hujan dan ribut kencang petang semalam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, seorang mangsa Minah Ahmad, 79, berkata beliau terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat dari luar rumah dan terus keluar untuk melihat kejadian tersebut.

“Apabila saya keluar, saya dapati kereta dan sebahagian rumah saya dihempap pokok kelapa dan terus bertindak menghubungi bomba,” katanya. – BERNAMA

Tags: POKOK TUMBANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Individu Ditahan Kes Penyeludupan Bernilai RM35 Juta

Insiden Pokok Tumbang Berulang Di Sekitar Ibu Negara

25/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta kawasan...

19 Lokasi Pokok Tumbang Di Ibu Negara

19 Lokasi Pokok Tumbang Di Ibu Negara

19/05/2023
0

Kuala Lumpur : Beberapa kenderaan dan bangunan rosak selain laluan terhalang akibat pokok tumbang selepas ribut dan hujan lebat di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd