• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolakan Saman 1MDB: Salleh Bidas Media Barat

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas Wall Street Journal (WSJ) dan media Barat lain kerana tidak melaporkan tentang penolakan saman yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salleh berkata “anehnya”, penolakan saman itu semalam digelapkan media berbanding gembar-gembur yang ditimbulkan mereka serta kontroversi yang tercetus apabila ia difailkan pada 11 Ogos 2016.

“Saman oleh konco-konco Tun (Dr) Mahathir itu menjadi berita dan mencetuskan kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos (2016).

Tetapi, anehnya, WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa semalam, saman itu ditolak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saman bersama itu difailkan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang, dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap 1MDB, Goldman Sachs, penerbit filem, Riza Aziz dan syarikatnya, Red Granite Pictures.

Saman itu dikatakan diketepikan pada tengah hari Jumaat, tetapi tiada alasan diberi tentang penolakannya.

Salleh berkata penolakan saman itu, yang menurut beliau, memang tidak berasas sejak mula lagi, juga membuktikan ia semata-mata untuk mencari publisiti bagi memanipulasi persepsi orang ramai.

Menurut beliau, ia juga adalah sebahagian daripada rancangan Dr Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Dan semua ini adalah atas sebab politik peribadi, semata-mata untuk memberi manfaat kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam,” katanya.

Salleh berkata walaupun banyak cubaan dilakukan Dr Mahathir untuk memperkecil-kecilkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional, tetapi ia tetap mendapat pengiktirafan badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova dalam satu kenyataan baru-baru ini memuji kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil pendirian tegas terhadap ekstremisme keganasan melalui pendidikan dan langkah bersifat terangkum, yang dianggap UNESCO sebagai langkah pencegahan jangka panjang paling berkesan bagi menentang pihak yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat.

Beliau juga memuji Malaysia kerana menjadi contoh kepada negara daripada pelbagai peringkat pendapatan.

Katanya Malaysia menjadi bukti bahawa sikap menghormati kepelbagaian merupakan suatu sumber kekuatan dan negara ini menerajui usaha menggalakkan pengajaran agama bagi memupuk toleransi serta sikap saling menghormati dan saling memahami.

Kata Salleh: “Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun (Dr) Mahathir yang semakin terdesak. Perdana menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi keutaman terhadap keselamatan serta kemakmuran mereka.” – BERNAMA

Tags: UNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd