• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SADA Jamin Bekalan Air Mencukupi Bersempena Aidiladha

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberi jaminan bekalan air di kawasan mengalami tekanan air rendah mencukupi sepanjang tempoh seminggu musim perayaan Aidiladha ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.

Beliau berkata sebanyak enam lori tangki besar dan 114 lori tangki kecil telah disediakan SADA untuk membuat penghantaran bekalan air kepada lebih 8,000 pemegang akaun di 263 kampung yang bermasalah termasuk di kawasan Parlimen Merbok, Pokok Sena dan Padang Terap.

“Kita pernah berdepan dengan masalah bekalan air tidak mencukupi semasa perayaan Aidilfitri lalu, jadi bagi mengelak perkara itu berulang, pihak SADA telah menambah keupayaan lori mengangkut bekalan air daripada 90 kepada 120 buah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bekalan Air dan Sumber Tenaga Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Katanya bekalan air yang disediakan SADA itu dijangka mencukupi bagi tempoh seminggu untuk menyambut hari raya korban bermula semalam sehingga Sabtu depan (17 September).

Beliau berkata berkata punca bekalan air tidak mencukupi sebelum ini berlaku kerana permintaan bekalan air naik mendadak apabila orang ramai pulang ke kampung dan keupayaan untuk menyalurkan bekalan air pula adalah terhad.

Bakar berkata SADA turut mewujudkan pusat aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan di tempat yang disediakan seperti di sekolah dan masjid.

“Melalui pusat aduan ini, pengguna tidak perlu lagi membuat aduan ke ibu pejabat Sada sebaliknya terus ke stesen yang disediakan yang mana tempoh memberi respons dapat dipendekkan dan SADA boleh mengambil tindakan yang cepat untuk menyalurkan bekalan air,” katanya.

Katanya masalah bekalan air di Kedah tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana ia memerlukan perancangan jangka panjang. – BERNAMA

Tags: bekalan airSADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd