• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Replika Helang: Perlu Perbincangan Lebih Mendalam

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Perbincangan lebih mendalam dengan mengambil kira nilai estetika Islam perlu dilakukan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan keputusan untuk merobohkan replika burung helang di Dataran Lang, Langkawi, Kedah.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini berikutan replika burung itu sebelum ini menjadi simbol keindahan tarikan pelancongan di Kedah dan bukannya disembah mana-mana pihak.

“Keindahan yang dilihat menerusi kaca mata Islam itu tetap ada, bukan tidak ada. Kita harus mengambil iktibar daripada nas bahawa Allah itu menyukai benda-benda yang cantik dan indah, jadi hal itu (cadangan meroboh replika helang) perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(IMSC) di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi IMSC Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim sebelum ini dipetik sebagai berkata memasang replika helang itu sebagai mercu tanda adalah haram kerana menyerupai bentuk haiwan hidup dan ia wajar dirobohkan.

Rais yang juga Presiden UIAM berkata cadangan merobohkan replika helang itu perlu dibincangkan sebaik mungkin kerana perlu mengambil kira kewujudaan Tugu Negara di Kuala Lumpur dan patung kucing di Kuching, Sarawak, misalnya.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu berfikir secara mendalam berhubung cadangan berkenaan demi membina sahsiah budaya dan kemasyarakatan di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke mahkamah sebagai tanda memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan Dr Mahathir ‘rindu’ kepada ketua pembangkang itu kerana teringat kembali peristiwa lepas.

“Tetapi tak salah kalau beliau bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim barangkali dalam hatinya terasa apa yang beliau lakukan dahulu sebelum kes dihadapi Anwar sekarang, namun kita tidak dapat menjawab semuanya (sebab Dr Mahathir ke mahkamah),” katanya. – BERNAMA

Tags: helang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang

26/07/2017
0

ALOR SETAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas 12 ekor burung helang yang dipelihara seorang...

Putera Saudi Beli Tiket Pesawat Bawa 80 Helang

02/02/2017
0

DUBAI - Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan sanggup membeli tiket jet penumpang untuk menempatkan 80 burung helang peliharaannya. Gambar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd