• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diplomasi Samseng Ala Dueterte, Relevan Hadapi AS?

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu dimakinya Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama dengan gelar anak haram. Itulah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang sentiasa kontroversi. Sentiasa hangat di pasaran.

Duterte lebih awal meraih perhatian dunia apabila mengumumkan perang terhadap sindiket dadah Filipina. Duterte mengeluarkan kenyataan awam bernada arahan dan jaminan: “Anda bunuh pengedar dadah, saya di belakang anda!”

Dua bulan selepas arahan, hampir 200 pengedar dadah ditemui mati. Kebanyakan ditembak polis, sebahagian dibunuh tanpa dikenal pasti pelakunya.

Duterte ialah Presiden Filipina ke-16 dan mula menjadi bos di Malacanang pada 30 Jun lalu.

Kelmarin Duterte kontroversi lagi. Dihalaunya Pasukan Khas Tentera AS di Selatan Filipina. Satu tindakan kasar tanpa protokal diplomatik. Rumah Putih dan Pantagon terkebil-kebil kerana menerima kenyataan pengusiran itu hanya melalui laporan media massa.

Kata Duterte: “200 pegawai tentera AS di Selatan Filipina hanya meresahkan penduduk wilayah Mindanao.”

AS menghantar Pasukan Khas ke Filipina bagi membantu operasi taktikal dalam menangani keganasan Abu Sayyaf.

Gelaran anak haram menyebabkan Obama menampakkan rasa marah apabila membatalkan pertemuan bilateral dengan Duterte pada Persidangan ASEAN di Laos awal bulan ini.

Duterte meruntuhkan semua legasi diplomatik Manila dan Washington DC yang terbina sejak era pasca kolonialisme. Malah, menjadikan Filipina negara sekutu yang tiba-tiba memusuhi White House.

Duterte pada awal kerjaya sebagai Presiden dilihat daring hanya dalam isu-isu domestik.

Duterte tidak hadir di Istana Malacanang pada hari pengisytiharannya sebagai Presiden. Malah, ketika resepsi besar-besaran dibuat, Duterte memilih berehat di Davao, dan menyifatkan ritual bersejarah itu sebagai membuang masa.

Pada satu tahap, Duterte turut meresahkan Malaysia apabila mengumumkan semula tuntutan Manila terhadap Sabah. Lebih mencemaskan, presiden berusia 71 tahun itu berkecenderungan menyokong MNLF, gerakan bersenjata di Selatan Filipina. Tindakan yang dilihat akan memusnahkan aspirasi rundingan damai di Selatan Filipina.

Selama lapan tahun, Malaysia menjadi fasilitator Rundingan Damai itu, antara Manila dan MILF.

Siapa Duterte?

Dia Presiden yang semasa berkempen mengaku tidak akan menggunakan wang negara dalam membiayai perempuan simpanannya.

Duterte kelihatan sangat daring dan samseng. Namun, rakyat Filipina yang sejak era kejatuhan Marcos kelihatan sangat idealis dalam memilih Presiden, pada pilihan raya lalu, memang mahukan seorang ketua negara yang angkuh dan daring.

Tetapi ini baru era awal. Konsistensi Duterte belum teruji. Kita lihat sejauh mana Duterte boleh terus bersikap daring dan samseng dalam memimpin negara 100 juta penduduk yang selama ini dilihat penuh dengan skandal rasuah.

Sama-sama kita nantikan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Barack ObamaPresiden FilipinaRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

19/04/2023
0

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd