• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Perintis Pembenihan Ikan Kelah Di Mersing

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Jabatan Perikanan bakal membangunkan projek perintis bagi pembenihan dan penetasan ikan kelah untuk memelihara kelangsungan spesis itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ia perlu dilakukan memandangkan spesis ikan kelah di habitat semula jadinya semakin menurun.

Oleh itu penternakan ikan kelah semakin sukar dilakukan kerana kesukaran penternak mendapat bekalan benihnya dari habitat semula jadi, katanya kepada pemberita semasa melawat projek ternakan persendirian Far East Planet Agrofarm di Kampung Air Merah di sini hari ini.

“Dengan projek ini, Jabatan Perikanan akan memindahkan teknologi yang ada serta membantu dari segi latihan dan teknikal dalam usaha pembenihan dan pembesaran ikan kelah di kolam ini,” kata Ahmad Shabery.

Selain itu jabatan itu juga akan membantu dari segi pembesaran kolam sedia ada serta menyediakan prasarana lebih moden dan sistematik, kata beliau.

Setakat ini terdapat empat hatcheri (kawasan penetasan) pengeluaran kelah di Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah.

“Tahun lepas sahaja, kita telah berjaya menghasilkan 20,000 benih ikan kelah yang sebahagian besarnya dilepaskan di habitat semula jadi dan ada juga diambil pengusaha tempatan,” kata Ahmad Shabery.

Katanya tidak lebih 10 pengusaha tempatan ikan kelah dalam negara setakat ini.

Projek ternakan kelah Far East Planet Agrofarm itu diusahakan seorang pengusaha tempatan Mohamad Hanafi Awang bersama keluarganya.

Ia mempunyai lapan kolam di tanah seluas dua ekar. Projek ternakannya dimulakan sejak empat tahun lalu dan kini mempunyai kira-kira 6,000 ikan kelah termasuk spesies kelah merah dan biru.- BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd