• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Terbit Setem ‘Tapak Pertahanan’

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem ‘Tapak Pertahanan Negara’ pada 15 September 2016.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, siri setem yang menampilkan tapak pertahanan itu dikeluarkan bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan wira-wira negara yang berkorban dalam memperjuangkan kebebasan negara.

“Tapak pertahanan ini melambangkan pengorbanan dan dedikasi wira serta pemimpin terdahulu tentang perjuangan mereka mempertahankan negara ini.

“Kita menikmati keamanan, perpaduan serta kemerdekaan hasil pengorbanan mereka,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh dalam kenyataan itu hari ini.

Kata beliau, Pos Malaysia melihat medan pertempuran sebagai sebahagian daripada warisan
dan sejarah negara ini.

Sehubungan itu, katanya, Pos Malaysia mengambil inisiatif mengabadikannya dalam setem sebagai salah satu cara memelihara tapak bersejarah tersebut.

“Saya percaya baik pengumpul baharu mahu pun yang lama akan mendapati isu ini menarik untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada koleksi setem mereka,” katanya.

Dalam siri itu, empat setem tapak pertahanan yang akan dikeluarkan ialah Kota Malawati (60 sen), Kota Mat Salleh (60 sen), Kota Libau Rentap (80 sen) dan Bukit Kepong (80 sen).

Manakala Lembaran Mini akan menampilkan tapak pertahanan Kota Bharu (RM3.20).

Di samping itu, produk filateli lain seperti Sampul Surat Hari Pertama (FDC) termasuk risalah dijual pada 55 sen sepucuk, manakala folder dijual pada RM6.35 setiap satu.

“Set lengkap Tapak Pertahanan boleh didapatkan pada RM72.60 untuk setiap set,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pos Malaysiasetem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

30/11/2025
0

BANDUNG, INDONESIA — Malaysia achieved a spectacular and record-breaking triumph at the Five Nations 2025 Stamp Exhibition, hosted by Indonesia...

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd