• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Rampas 62,000 Pil Kuda Bernilai RM1.24j

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas sebanyak 62,000 pil kuda bernilai RM1.24 juta dalam serbuan di Wakaf Bharu, Tumpat, Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata rampasan itu adalah hasil operasi sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan merupakan antara kejayaan terbesar polis Kelantan pada tahun ini.

Ab Rahman berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, pasukan tersebut yang melakukan operasi di Kampung Pasir Pekan Hilir mengesan seorang pemuda dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta sebelum bertindak menahan suspek.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek berusia 24 tahun itu, menemukan satu beg kain di kerusi hadapan sebelah pemandu yang mengandungi 6,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM120,000.

“Suspek kemudiannya membawa anggota polis ke sebuah rumah di Wakaf Bharu, kira-kira 8 kilometer dari tempat dia ditahan dan menyerahkan sebuah beg berisi 56,000 pil kuda dianggarkan bernilai RM1.12 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rahman berkata hasil siasatan mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol pada 2011.

Beliau berkata ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek adalah negatif dan pemuda berkenaan direman tujuh hari bermula tarikh tangkap sehingga Khamis ini.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rahman berkata dalam Operasi Bersepadu di Kuala Krai dan Gua Musang bermula pukul 10 malam hingga 9 pagi hari ini, polis menahan 103 individu bersabit dengan pelbagai kesalahan dadah serta jenayah.

Beliau berkata dalam operasi itu juga, pihaknya turut merampas 1,168 biji pil kuda, air ketum, daun ketum, heroin dan ubat batuk bernilai RM23,420.

“Polis Kelantan akan terus menjalankan operasi di setiap dua daerah setiap minggu bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan setakat ini kita telah melakukan operasi di 15 kampung di Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat dan Machang,” katanya. – BERNAMA

Tags: pil kudapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd