• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Ditahan Miliki Sebahagian Kambing Gurun

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan menahan seorang pesara kerajaan dan menemui sebahagian kepala, kaki dan kulit kambing gurun (Capricronis sumatrensis) bernilai RM100,000 di rumahnya di Lubok China di Melaka, yang terletak berdekatan sempadan Negeri Sembilan, semalam.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata lelaki berusia dalam linkungan 60-an itu ditahan kira-kira 11 pagi dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.

Jabatan itu merampas dua kepala kambing gurun, 12 kaki kambing gurun, sekeping kulit kambing gurun dan dua bekas plastik mengandungi minyak dipercayai minyak kambing gurun daripada lelaki itu.

“Kesalahan yang dilakukannya adalah menyimpan sebahagian hidupan liar iaitu kambing gurun yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang boleh dihukum denda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM500,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Wan Mamat berkata siasatan awal mendapati kambing gurun itu mungkin ditembak di kawasan hutan di negeri ini untuk dihasilkan sebagai minyak kambing gurun.

“Semasa rampasan, kami dapati sebahagian kepala dan kaki kambing gurun berkenaan berada di dalam bekas plastik yang mengandungi minyak. Produk daripada minyak ini dipercayai untuk dijual,” katanya.

Menurutnya ini merupakan tangkapan pertama membabitkan kambing gurun di Negeri Sembilan tahun ini.

Beliau berkata semua bahagian kambing gurun yang dirampas itu akan dihantar ke Makmal Forensik Jabatan Perhilitan di Kuala Lumpur untuk dianalisis.

Beliau berkata kambing gurun adalah antara haiwan yang diancam kepupusan kerana ia sukar dijumpai di negeri ini.

“Jabatan Perhilitan kini dalam proses untuk membuat kajian mengenai kambing gurun yang terdapat di negara ini termasuk Negeri Sembilan. Kajian ini penting untuk memastikan kambing gurun masih wujud di hutan di negara ini.

“Kambing gurun memang ada dalam hutan Negeri Sembilan dan kita sedang mengenal pasti lokasi serta populasinya. Haiwan ini biasanya terdapat di hutan berbatu di bukit dan gunung,” katanya. – BERNAMA

Tags: PerhilitanPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

27/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd