• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perusuh Bakar 42 Bas Awam Dijanji Biriani, Lauk Kambing

oleh
21/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Jika di Kuala Lumpur, Malaysia, peserta demonstarsi haram hanya diberi ganjaran wang tunai RM100 oleh dalang manakala di Jakarta, Indonesia pula bakal menerima nasi bungkus.

Namun lain hal di India apabila akhbar berpengaruh Times of India pada Isnin mendedahkan, ratusan peserta tunjuk perasaan secara ganas di Bangalore, Tamil Nadu dijanjikan habuan wang lumayan dan sepinggan nasi biriani.

Bukan itu sahaja malah mereka bakal mendapat nasi campur berlauk daging kambing dengan syarat peserta berjaya membakar sejumlah 42 buah bas milik KPN, syarikat pengangkutan awam terkenal negeri itu pada 12 September.

Rahsia tawaran mewah itu dibongkar seorang peserta, C. Bhagyashree yang merupakan antara 11 suspek ditahan polis daripada lebih 400 orang perusuh serangan ganas di depoh bas operator domestik berkenaan minggu lalu.

Dia berusia 22 tahun dan berasal dari Raichur, Karnataka juga antara sembilan wanita berjaya dicekup pihak polis serta dipercayai ahli kumpulan gengster bawah tanah, Kannada yang menetap D’Souza Nagar dekat depoh tersebut.

Perusuh Bakar 42 Bas Awam Dijanji Biriani, Lauk Kambing

Menurut polis, kesemua perusuh diarah menyiram puluhan bas KPN berkenaan dengan minyak petrol sebelum dibakar, tetapi malang aksi biadap mereka dirakamkan sejumlah besar kamera litar tertutup di sekitar depoh itu.

Ibu Bhagyashree, Yellama memberitahu media tempatan bahawa anak perempuannya itu cuma bekerja buruh kasar sejak kematian bapanya lebih lima tahun lalu sebelum ditawarkan ganjaran berkenaan oleh beberapa remaja liar.

“Dia baru sahaja balik ke rumah sekitar tengah hari pada hari kejadian apabila beberapa orang dikenalinya datang dan minta untuk menyertai aksi protes haram itu dengan janji diberikan nasi biriani dan sejumlah wang,” katanya.

Sumber polis menyatakan, rakaman kamera di lokasi insiden jelas menunjukkan ada wanita lain terlibat, di samping Bhagyashree yang datang menyerang pengawal keselamatan dan petugas depoh sebelum mereka membakar bas.

Setakat ini, suspek masih lagi ditahan polis untuk siasatan lebih lanjut dan penyiasat mengenal pasti Bhagyshree merupakan pemimpin aktivis Kannada yang agak terkenal dalam kumpulan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: birianiIndia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Duit KWSP Jangan Beri Kepada Anak’

Next Post

IWK Anjur Derma Darah Sempena Hari Malaysia

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

IWK Anjur Derma Darah Sempena Hari Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd