• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Lulus Pinjaman Lebih Mudah Pembeli Rumah

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mah Sing Group Bhd memohon kerajaan mempertimbangkan beberapa inisiatif termasuk melonggarkan syarat kelulusan pinjaman dalam Bajet 2017 untuk pembeli rumah pertama.

Pengarah Urusan Mah Sing Group, Tan Sri Leong Hoy Kum juga menggesa bank untuk berbuat demikian dan menyediakan sehingga 95 peratus pembiayaan rumah pertama, 90 peratus bagi kediaman kedua dan 70 peratus pembiayaan rumah ketiga.

“Ini turut temasuk nisbah perkhidmatan hutang lebih tinggi sebanyak 70 hingga 80 peratus bagi pembeli rumah pertama dan tempoh pinjaman dilanjutkan dari 35 tahun kepada 40 tahun untuk mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemaju hartanah itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan supaya peruntukan peratusan bagi Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dinaikkan daripada 30 peratus ketika ini kepada 40 peratus.

Selain menggesa bayaran premium pertukaran syarat tanah diturunkan dan pelepasan tanah kerajaan untuk usaha sama dengan pemaju swasta, Leong juga mahu syarikat utiliti mengurangkan caj sambungan.

Memandangkan industri hartanah mempunyai kesan pengganda yang lebih besar berbanding industri lain maka rangsangan ke atasnya akan membawa manfaat kepada ekonomi yang lebih luas.

“Kami menyambut baik usaha berterusan kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah, terutama bagi pembeli rumah pertama.

“Mah Sing juga menyedari kebimbangan kerajaan mengenai kemampuan pemilikan hartanah,” kata Leong. – BERNAMA

Tags: beli rumahpemaju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Khuatir Beli Kereta, Rumah Secara Tunai

11/10/2021
0

Gosip jangan beli rumah atau kereta secara tunai nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) datang sudah lama diperkatakan. Persoalannya...

Pemaju Akan Naik Harga Untuk Tarik Warga Asing

12/10/2019
0

PETALING JAYA - Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd