• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permata, Rosmah Tak Pernah Mohon Anugerah UNESCO

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permata, Datin Seri Rosmah Mansor atau Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk mendapatkan anugerah penghargaan khas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova yang mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada 8 September lepas untuk memaklumkan bahawa isteri Perdana Menteri akan diberi penghormatan menerima anugerah penghargaan khas itu pada satu majlis yang dihoskan bersama oleh UNESCO pada 22 September.

“Ini bagi menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengekang ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan khususnya pendekatan yang diambil oleh Permata yang diasaskan pada 2007 oleh Datin Seri Rosmah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosmah ialah Penaung Program Permata bagi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Tengku Sariffuddin berkata bagaimanapun, pada 18 September lalu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerima e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Kempen Global memerangi Ekstremisme Ganas, menyatakan bahawa penganugerahan itu akan ditunda ke 2017 kerana apa yang disifatkannya sebagai ‘campur tangan’ Wall Street Journal dan the New York Times berhubung pembiayaan Permata.

“Kami mengesahkan bahawa Permata dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan yang secara telus dimasukkan dalam bajet Kerajaan dan diluluskan oleh Parlimen.

“Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau Permata diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu,” kata Tengku Sariffuddin.

Beliau berkata Permata dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.

“Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, Permata dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.

“Kami kesal dengan cubaan mempolitikkan usaha organisasi yang menjadi teladan itu yang matlamatnya adalah semata-mata untuk meningkatkan lagi kehidupan kanak-kanak. Dan, kami kesal bahawa mereka yang dipilih untuk menerima anugerah berkenaan telah difitnah dan disindir oleh sesetengah pihak yang hanya memberi tumpuan kepada kempen memburuk-burukkan Malaysia, kerajaan dan Perdana Menteri.

“Mereka yang mendalangi kempen bermotifkan politik itu langsung tidak mempedulikan kemusnahan yang berlaku akibat daripada dakwaan palsu terhadap Permata, kakitangan dan semua anak muda yang telah dibantu dan dijaganya,” katanya.

Tengku Sariffuddin berkata baik Permata mahu pun Rosmah tidak akan terjejas dengan perbuatan pihak-pihak yang melemparkan fitnah untuk mencemarkan usaha murni itu.

“Mereka akan terus memberi tumpuan kepada membawa perbezaan sebenarnya untuk kanak-kanak masa kini, untuk membantu membina masa depan yang lebih baik bagi Malaysia,” katanya.

Pada Sabtu, Bernama melaporkan bahawa Rosmah telah dipilih untuk menerima anugerah ‘Lead by Example’ daripada UNESCO sempena Perhimpunan Agung Ke-71 PBB.

Berita itu ditulis berdasarkan kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia.

Alias berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak terutama di bawah program Permata.

Bagaimanapun, portal berita Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Bernama mendakwa anugerah itu adalah daripada UNESCO.

Ia juga melaporkan bahawa nama Rosmah digugurkan daripada senarai penerima anugerah dan majlis pada 22 September itu bukanlah acara UNESCO. – BERNAMA

Tags: Rosmah MansorUNESCO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Billionair Beli Lapan iPhone 7 Untuk Anjingnya

Next Post

Perginya Dr. Haron Din: Yang Tinggal Pula?

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Next Post

Perginya Dr. Haron Din: Yang Tinggal Pula?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd