• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dalam Talian Perlu Siasat Sumber, Elak Ditipu

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belia yang ingin menceburi bidang perniagaan dalam talian perlu menyiasat latar belakang pihak yang berurusan dengan mereka bagi mengelak ditipu.

Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia, Mohd Azrul Mohd Nor berkata peniaga perlu mengenali pihak yang berurusan dengan mereka terutamanya pembekal agar lebih mudah dirujuk sekiranya timbul masalah dalam urusan perniagaan.

“Perkara yang paling utama adalah mengenali dengan siapa mereka berurusan terutamanya kenalan di alam maya. Golongan muda yang berminat dengan perniagaan dalam talian perlu bijak menilai bentuk perniagaan yang ditawarkan.

“Semak sumber untuk pastikan maklumat adalah benar bukan duplikasi. Sekarang ini wujud trend penipuan apabila ada pihak yang ‘copy’ identiti pembekal sebenar yang diperoleh daripada laman sosial seperti Facebook,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan 200 peniaga dalam talian bahawa mereka kerugian lebih RM2 juta selepas produk lampin pakai buang yang dipesan daripada pembekal tidak diterima.

Sebanyak 105 aduan mengenai penipuan penjualan barangan dan perkhidmatan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azrul berkata bakal peniaga boleh melakukan kaji selidik secara online melalui Facebook atau enjin carian dengan meminta pendapat orang ramai mengenai produk atau vendor.

Katanya mereka juga boleh mengesahkan kesahihan syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan online atau e-dagang melalui Malaysia Trustmark.

“Pastikan peniaga memaparkan lambang Trustmark Malaysia atau Malaysia Trustmark Web Seal pada laman e-dagang mereka.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata peniaga muda lebih mudah terpedaya dan tertipu kerana kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai selok-belok perniagaan khususnya dalam talian.

“Ada yang rasa terlalu ghairah dengan tawaran harga produk yang terlalu murah. Selidik dahulu latar belakang sumber terbabit sebelum bersetuju untuk berurusan dengan mereka. Mesti ada sebab mengapa sesuatu produk itu terlalu murah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah menasihati peniaga dalam talian agar hanya berurusan dengan individu atau syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). – BERNAMA

Tags: kes tipupeniaga online
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Anak Khinzir Berwajah Pelik, Mempunyai Tanduk

Next Post

Wanita Gemuk Enggan Berhenti Makan

Related Posts

Samun Peniaga Online, Dua Lelaki Ditahan

Samun Peniaga Online, Dua Lelaki Ditahan

16/03/2023
0

Iskandar Puteri : Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kes samun di Puteri Harbour di sini, Isnin lalu, yang...

Bigger, Harder, Longer-Lasting?

02/08/2019
0

LAUNCHED in 2011, Male Extra is one of the leading male enhancement products on the market. It’s powerful blend of...

Next Post

Wanita Gemuk Enggan Berhenti Makan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd