• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengaman Malaysia Sambut Aidiladha Secara Sederhana

oleh Ahmad Albab
12/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Aidiladha disambut sederhana tetapi meriah oleh pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) di bumi Beirut dengan mengorbankan sejumlah 149 ekor kambing dan kibas sebagai memenuhi tuntutan agama.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata walaupun sedang menjalankan tugas menjaga keamanan di sini, anggota dan pegawai MALBATT tidak ketinggalan melaksanakan perintah dan tanggungjawab agama, termasuk ibadah korban.

“Kesemua daging korban akan diagihkan ke beberapa penempatan pelarian di sekitar tanggungjawab dan penugasan MALBATT,” katanya kepada wartawan Bernama dan RTM di Kem MALBATT Ma’rakah, kira-kira 80 km dari Beirut pada tengah hari Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohammad Foad Abdullah, Komander MALBATT 850-3, Kol Reizal Arif Ismail dan Komander 850-4, Kol Nazim Mohd Alim.

Sebelum itu, kesemua mereka menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid di dalam kem ini dengan suasana hiba berjauhan daripada keluarga demi tangunggjawab terhadap bumi Balkan yang bergolak ini.

Mohd Johari berada di Beirut sejak Rabu lepas bersama-sama 215 anggota dan pegawai kumpulan pertama Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Nazim Mohd Alim untuk melihat sendiri kesiapsiagaan dan operasi dikendalikan pengaman negara.

Malbatt 850-4 diketuai komandernya Kolonel Nazim Mohd Alim dengan keseluruhan 850 pegawai dan anggota termasuk dua pegawai dan 28 anggota daripada Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah secara rasminya mengambil alih penugasan dari MALBATT 850-3 di bumi Lubnan.

MALBATT 850-3 diketuai komandernya, Kolonel Reizal Arif Ismail melibatkan 820 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 29 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang kakitangan awam telah diaturgerakkan bagi penugasan mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan tanggungjawab sejak 14 September tahun lepas.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan penglibatan ATM dalam misi UNIFIL sejak 2007 bagi membantu pasukan pengaman daripada negara lain anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu. – BERNAMA

Tags: Aidiladha
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

30/05/2024
0

Putrajaya : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala...

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

29/06/2023
0

Johor Bahru : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengurniakan 100 lembu sempena Aidiladha. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd