• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Ferrari Beri Amaran Awal

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu Scuderia Ferrari memberi petanda awal untuk menyerlah di Litar Antarabangsa Sepang selepas Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen mencatat masa ketiga dan keempat terpantas pada sesi latihan bebas kedua hari ini.

Vettel memperbaiki catatannya satu minit 35.605 saat dan Raikkonen pula 1:35.842s, masing-masing lebih baik daripada masa yang dirakam pada sesi latihan bebas pertama Grand Prix Formula Satu Malaysia iaitu 1:36.331s dan 1:36.315s.

“Biasanya saya lebih menyerlah dalam perlumbaan pada suhu tinggi di litar, kami cuba untuk lebih kompetitif,” kata Vettel kepada pemberita di sini hari
ini.

Sewaktu sesi latihan pertama, Ferrari menggunakan kesemua tiga tayar Pirelli bagi menilai kemampuan kereta mereka menangani permukaan baru di litar berkenaan.

Kedua-dua pemandunya memulakan sesi mereka dengan tayar jenis keras sebelum kekal di pits kira-kira 20 minit, berikutan kebakaran yang berlaku pada kereta Renault yang dipandu Kevin Magnussens.

“Sudah tentu kami perlu berdepan dengan segala cabaran yang ada dan sasaran kami adalah menjuarai perlumbaan di Sepang, jika ada peluang…kami akan lakukan yang terbaik dan mahu memungut mata sebanyak mungkin,” kata Vettel.

Berada di tempat teratas senarai catatan terpantas adalah dua pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton (1:34.944) dan Nico Rosberg (1:35.177s). – BERNAMA

Tags: Ferrari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena Laut Terbelah Di Langkawi

Ferrari Antara Kenderaan Disita Dalam Operasi

11/02/2024
0

Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita sebuah kereta Ferrari kerana didapati mempamerkan nombor pendaftaran milik kenderaan lain dalam Operasi...

F1: Ferrari Sudah Perlu Cabar Kejuaraan

F1: Ferrari Sudah Perlu Cabar Kejuaraan

15/10/2023
0

MARANELLO – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz berharap ‘eksperimen’ yang dilakukan sepanjang saingan Formula Satu (F1) musim ini mampu membantu mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd