• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Berinfak Untuk Anak Huffaz, Fakir Miskin

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
*GAMBAR HIASAN* (anak Islam Cham, Kemboja memegang al-Quran)

ALLAH SWT berfirman:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang terbaik.” [Saba’/34 : 39]

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” [Al-Baqarah/2: 268]

Ayat di atas menerangkan bahawa ALLAH SWT telah berjanji akan memberikan ganjaran yang amat besar kepada umat Islam yang berinfak iaitu membelanjakan harta ke jalan yang diredai termasuk membantu golongan fakir dan melakukan sesuatu yang boleh membantu agama.

Manakala dalam firman yang lain ALLAH SWT turut mengingatkan bagaimana syaitan akan sentiasa menghasut manusia supaya berasa sayang dengan harta yang dimiliki hingga menjadi kedekut dan tidak mahu berinfak kerana bimbang akan jatuh miskin.

Hakikatnya ALLAH SWT sudahpun berjanji mereka yang berinfak akan mendapat kembali harta yang dibelanjakan dengan ikhlas tersebut di dunia; selain mendapat ganjaran di akhirat.

Peluang Berinfak Untuk Anak Huffaz, Fakir Miskin

Seperti diketahui umum, golongan Islam di Kemboja melalui kehidupan yang daif berbanding kita di Malaysia malah ada antara mereka, hanya berpeluang merasa makan nasi berlaukkan daging apabila tiba hari raya.

Justeru bagi mereka yang ingin berinfak kepada masyarakat Islam Kemboja, peluang buat anda terbuka menerusi satu program korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sebanyak 50 ekor lembu disasarkan untuk Pakej Qurban tahun ini dan daging yang diperoleh akan diagih-agihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim pusat tahfiz.

Bagi yang ingin turut serta, harga bagi seekor lembu adalah RM3,010 atau RM430 bagi satu bahagian.

Selain itu peluang berinfak turut disediakan buat mereka yang ingin menyumbangkan jubah kepada anak-anak Huffaz yang akan memakainya ketika belajar dan beribadah.

Pakej Jubah yang mensasarkan 1,000 helai persalinan untuk disalurkan kepada pusat tahfiz ini memberi peluang untuk berinfak sama ada RM120 bagi sehelai jubah atau RM600 bagi 5 helai jubah.

Program Qurban dan Infaq Jubah Untuk Pelajar Tahfiz ini merupakan usahasama antara Pusat Pengajian Al-Quran Darul Ulum dan Tahfiz Al-Ulum Sepang, cawangannya di Kemboja dan Butik Jubah Elhombre.

Mereka yang berminat bolehlah hubungi 013-7000029 / 012-9989810 atau membuat pembayaran terus ke akaun MAYBANK 564762311041 (ELHOMBRE COLLECTION) seterusnya mengirim cetakan skrin transaksi infak mereka menggunakan WhatsApp ke nombor di atas.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau do’a anak yang soleh.” (HR. Muslim)

Semoga harta yang diinfakkan dengan ikhlas pada hari ini bakal mempermudahkan lagi urusan kita di akhirat kelak, insya-Allah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibadah korbaninfaq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Didakwa Lakukan Kelucahan Pada Anak Murid

Next Post

David Luiz Kembali Ke Chelsea, Cabaran Berat Kante

Related Posts

Selangor Benar Laksana Ibadah Korban Dengan SOP Umum

20/06/2022
0

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) umum sama ada...

Johor Benarkan Ibadah Korban

13/06/2022
0

Johor Bahru : Kerajaan negeri membenarkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini dilaksanakan di masjid dan...

Next Post

David Luiz Kembali Ke Chelsea, Cabaran Berat Kante

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd