• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Isu Jadi Tumpuan Rundingan Tahunan M-sia-Thai

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Beberapa isu keselamatan termasuk pemerdagangan manusia, keselamatan sempadan bersama dan pergolakan di selatan Thai bakal dibincangkan dalam Rundingan Tahunan Malaysia dan Thailand keenam, di sini esok.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain berkata rundingan tahunan itu akan turut menyentuh isu lain seperti ekonomi, industri, perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain.

“Rundingan tahunan Malaysia dan Thailand adalah acara dua hala yang penting bagi pemimpin tertinggi dan pegawai kanan kedua-kedua negara mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara negara yang berjiran,” katanya kepada media Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi tujuh Menteri Kabinet Malaysia ke rundingan tahunan itu, manakala rakan sejawatnya Jen Prayut Chan-o-cha akan mengetuai delegasi Thailand.

Najib dijangka tiba di Bangkok petang ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos.

Rundingan tahunan Malaysia dan Thailand itu akan berlangsung di Rumah Kerajaan petang esok, dengan kedua-dua Perdana Menteri dijangka mengadakan sidang media bersama selepas itu.

Menurut Nazirah, isu pergolakan selatan Thai juga bakal disentuh dalam perbincangan oleh pemimpin kedua-dua negara.

Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator kepada rundingan damai tidak rasmi antara kerajaan Thailand dengan MARA Patani, yang mewakili enam kumpulan militan di selatan Thai.

Beliau juga berkata, isu ekonomi dan perdagangan dua hala Malaysia dan Thailand turut bakal dibincangkan secara panjang lebar oleh kedua-dua negara.

Ia kerana Thailand merupakan rakan perdagangan kelima terbesar bagi Malaysia dengan jumlah dagangan dua hala antara kedua negara mencecah US$22 bilion pada 2015, katanya.

Kedua-dua negara sedang berusaha meningkatkan jumlah perdagangan dua hala kepada US$30 bilion pada 2017. – BERNAMA

Tags: dutaMalaysiaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd