• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Di Johor Bebas Virus Zika

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri yang dijangkiti virus Zika di negeri ini, disahkan bebas daripada virus itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata ujian darah dan air kencing kedua-dua mereka didapati negatif daripada virus tersebut.

Terdahulu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dari Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Roslinda A Rahman berkata kedua-dua mereka telah dibenarkan pulang minggu lepas.

“Bagi wanita dan kandungannya, pakar perbidanan akan memantau keadaannya dan kandungannya. Dia juga dinasihatkan membuat pemeriksaan setiap dua minggu sekali untuk melihat perkembangan bayinya,” katanya kepada pemberita selepas taklimat operasi search and destroy (mencari dan memusnah) di sini hari ini.

Setakat ini, sebanyak 62 daripada 64 kes yang diperiksa dan disyaki virus Zika di negeri ini didapati negatif, kata Dr. Roslinda.

“Sekarang ini, sesiapa sahaja yang datang ke klinik kesihatan dan hospital dengan tanda-randa ruam, konjunktivitis dan demam memang kita akan suspek dia sebagai Zika walaupun tidak pergi ke Singapura.

“Kita akan lihat, analisa dan hantar (sampel) darah serta air kencing mereka untuk lihat sama ada ada ia virus Zika dan dimasukkan dalam wad untuk pemantauan sehingga kita dapati mereka negatif, kita bebaskan,” katanya.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengadakan operasi mencari dan memusnah 2.0 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri pada 24 Sept ini dalam usaha menyekat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan MBJB, Dr. Rahim Tumin berkata operasi itu yang akan diadakan secara serentak di seluruh kawasan MBJB meliputi kawasan seluas 330 kilometer persegi yang mempunyai kira-kira 700,000 penduduk, akan membabitkan kira-kira 100 kakitangan dari MBJB dan jabatan kesihatan itu.

Setakat 10 September, jumlah kes demam denggi di kawasan MBJB adalah sebanyak 3,512 kes berbanding 3,542 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd