• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Malaysia Abadikan Diri Bantu Pelarian Calais

oleh AK-47
01/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIAT asal sepasang suami isteri dari Malaysia ini hanya mahu melawat tetapi lain jadinya apabila mereka terkejut dengan kedaifan ribuan mangsa peperangan di sebuah kem di Calais, Perancis.

Jamalulail Ismail, 47; dan isterinya, Sofinee Harun, 41; kini mengabdikan diri sebagai sukarelawan bagi membantu pelarian di kem yang dikenali sebagai ‘The Jungle’.

Kunjungan selama tiga hari pada September tahun lalu selama tiga hari itu diteruskan dengan memberikan bantuan di kem yang menempatkan lebih 10,000 pelarian dari Syria, Sudan, Eritrea, Afghanistan, Iraq dan Iran.

The Independent melaporkan, kedua-dua pasangan tersebut terkejut melihat keadaan kem yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang mencukupi serta hanya tidur di dalam khemah beralaskan tanah yang tidak selesa.

“Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila masih ada lagi yang tinggal tanpa bekalan elektrik dan air.

“Keadaan ini hanya ada pada tahun 1970 di Malaysia di beberapa kawasan dan itu adalah 30 tahun lalu ketika itu negara masih belum maju lagi,” kata Sofinee.

Sejak setahun lalu, pasangan ini memberikan makanan percuma kepada 1,500 pelarian di kem tersebut dengan bantuan daripada sukarelawan asing.

“Kami tidak boleh balik kerana masih ramai lagi yang datang ke kem ini. Mereka ini adalah wanita dan kanak-kanak yang memang kelaparan.

“Mereka ini bergantung kepada kita dan untuk memikirkan mereka tiada makanan adalah sesuatu yang menyedihkan,” katanya.

Jamalulail yang bekerja sebagai jurutera turut memasang gas memasak pada kali kedua kedatangan mereka di kem itu bagi memudahkan sukarelawan dan pelarian memanaskan makanan mereka.

Pasangan ini membangunkan sistem pengedaran makanan di sana dengan dikenali sebagai ‘Kitchen in Calais’, bagi memastikan kemudahan dapur dapat disediakan untuk membantu golongan pelarian, khususnya apabila musim sejuk tiba. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CALAISPelarianPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd