• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panik Kalah, DAP Tuduh Ubah Sempadan Bagi BN Menang

oleh
16/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN dijangka, cadangan persempadanan semula kerusi di Semenanjung Malaysia dan Sabah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diumumkan hari ini dibantah pihak pembangkang.

Notis hebahan itu untuk tujuan semakan dan bantahan sehingga 14 Oktober depan, malah disifatkan parti lawan sebagai cara SPR membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Lucunya, isu tersebut timbul hanya kerana isu 12 kawasan Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara bakal diubah namanya, seperti dicadangkan oleh SPR sebelum menghadapi PRU yang ke-14.

Dalam kenyataan setebal 18 muka surat itu, penukaran tersebut; yang tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, dengan merangkumi di negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah.

Menurut kenyataan dikeluarkan SPR itu lagi, Johor mendahului senarai dengan jumlah kerusi DUN terbanyak yang dicadangkan untuk penukaran nama, manakala lima kerusi Parlimen di Selangor pula bakal diubah nama.

Antara kawasan dicadangkan di Selangor ialah Parlimen Serdang yang dicadang tukar kepada Bangi. Wakilnya ialah Ong Kian Ming dari DAP dan buat masa ini Bangi adalah salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Serdang.

Parlimen Petaling Jaya Utara turut dicadangkan ditukar nama kepada Damansara dan Subang pula kepada Sungai Buloh. Kedua-dua kerusi ini kini disandang masing-masing oleh Tony Pua (DAP) dan R. Sivarasa (PKR).

Selain itu, Seputeh adalah satu-satunya kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dicadangkan untuk penukaran nama kepada Sri Petaling. Kerusi itu kini disandang oleh ahli DAP, Teresa Kok sejak tahun 1999.

Dalam pada itu, kawasan Parlimen Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri; turut dicadang untuk diubah ejaan nama daripada Bagan Datok kepada Bagan Datoh.

Panik Kalah, DAP Tuduh Ubah Sempadan Bagi BN Menang

Bagi Sabah pula, kerusi DUN ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 73 kerusi bagi DUN Sabah.

Dalam kenyataan tersebut, SPR memaklumkan bahawa individu boleh mengemukakan sebarang bantahan terhadap cadangan perubahan nama berkenaan dalam masa sebulan selepas notis persempadanan rasmi itu dikeluarkan.

Malangnya, pembangkang yang kini ‘panik’ setelah semakin ditolak rakyat termasuk gagal mendapat sambutan ketika perhimpunan haram #tangkapMO1 baru-baru ini ‘menjaja’ cerita konon persempadanan itu tidak adil.

Mereka menuduh cadangan SPR itu memberi kelebihan kepada BN untuk menang besar sementelahan momentum rakyat menolak calon pembangkang ketika Pilihan Raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil serentak baru-baru ini.

Antaranya Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor menuduh ia usaha berterusan SPR mengekalkan BN sebagai kerajaan pada PRU ke-14 ini sambil menyorok isu pertelagahan perebutan kerusi sesama pembangkang sendiri.

Beliau yang dipetik portal anti-BN sebaliknya hanya merujuk perubahan corak pengundian di Parlimen Kapar yang konon bakal dipindahkan di kawasan Parlimen baharu, dengan pengurangan sebanyak 30 petatus pengundi.

“Majoriti 23,790 undi yang dimenangi PKR pada PRU lalu di Kapar hanya kira-kira setengah daripada hasil cadangan persempadanan semula SPR itu,” dakwa Tony. Kerusi tersebut kini disandang, Manivanan Gowind.

Perubahan sama turut melibatkan kerusi Parlimen Subang di bawah penyandangnya, Sivarasa yang mengalami pengurangan pengundi seramai 73,448 orang kerana konon akan ditukarkan ke kawasan Sungai Buloh.

“Ini menambah peluang besar kepada BN untuk menang di kawasan Subang dan Sungai Buloh. Langkah SPR ini menafikan hak kesamarataan pengundi yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” dalih beliau.

Panik Kalah, DAP Tuduh Ubah Sempadan Bagi BN Menang

Sementara itu, Manivanan turut mengkritik cadangan perubahan komposisi pengundian itu sebagai langkah terdesak dan cubaan BN eksploitasi SPR konon untuk menang dalam PRU dengan menggunakan taktik kotor.

“Sebaiknya, gunakanlah sistem yang lebih bersih dan bukan bermain taktik kotor untuk tadbir negara,” katanya tanpa merujuk trend pengundi kawasan itu semakin bosan dengan PKR yang gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Hakikatnya pembangkang agaknya terlupa sejarah membuktikan proses persempadanan semula oleh SPR selama ini tidak pernah menguntungkan BN, malah menyebabkan banyak kerusi jatuh kepada ‘tangan’ parti lawan pula.

Antaranya Parlimen Shah Alam, kerusi selamat dan merupakan kubu kuat BN Selangor namun kemudian tumbang secara mengejut kepada calon PAS, Abdul Khalid Samad yang kemudian berpaling tadah dengan menyertai PAN.

Begitu juga Bandar Tun Razak, kerusi majoriti Melayu di ibu negara, hasil pecahan Parlimen Cheras dikuasai DAP, tetapi calon BN kecundang kepada Abdul Khalid Ibrahim yang kemudian dipecat PKR dan menjadi wakil bebas.

Tidak lupa, kerusi Batu Kawan di Pulau Pinang susulan persempadanan memisahkan daripada Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Mertajam yang masing-masing dikuasai PKR dan DAP, ia bukan jadi kawasan milik calon BN pun.

Paling kelakar, jika benar SPR itu ejen BN, mana mungkin pembangkang dapat menawan selesa Selangor dan Pulau Pinang selain mengekalkan Kelantan hatta pernah juga menjadi pemerintah di Terengganu, Kedah dan Perak.

Justeru, tohmahan jahat pembangkang konon proses perubahan sempadan dan pertukaran nama boleh menggugat mereka lebih kepada ‘gimik bodoh’ untuk mengalih isu perbalahan pertindihan calon dalam kalangan parti anti-BN.

Walhal jika mengikuti propaganda pakatan pembangkang, mereka patut berpeluang cerah menang banyak kerusi berbanding BN kerana konon majoriti rakyat kian ‘meluat’ dengan pemerintahan sekarang yang korup dan zalim!

Ironi, pembangkang sebenarnya panik setelah terkejut melihat BN mampu menang besar dalam pilihan raya di Sarawak dan dua pilihan raya kecil waima diserang dengan segala macam fitnah dahsyat. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: PRUSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Noor Raih Gangsa, Cipta Rekod Baharu Sukan Para Asia

Next Post

Kenyataan Bercanggah: Ruhainies Nafi Cinta Azrel

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Kenyataan Bercanggah: Ruhainies Nafi Cinta Azrel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd