• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Kata Presiden PAS Bongkak

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang bongkak kerana membuat kenyataan PAN akan melutut kepada PAS suatu hari ini.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, konteks perjuangan PAN adalah lebih besar berbanding PAS iaitu untuk merealisasikan konsep Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.

“Apa manfaatnya kepada rakyat dengan kata-kata angkuh begitu?

“Sejujurnya kita ingin katakan bahawa tugas kita jauh lebih besar daripada melayan ‘ahli nujum politik’ seperti itu,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Shazni Munir berkata, kenyataan berbaur bongkak Abdul Hadi secara tidak langsung menggambarkan beliau telah hilang iltizam politik dalam membantu agenda perubahan.

PAN yang merupakan sekutu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS.

Bekas pemimpin PAS terbabit bertindak menubuhkan PAN kerana kecewa selepas disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan PAS.

PAN dipelawa DAP menyertai Pakatan Harapan selepas PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu.

PAS tersingkir kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pembangkang. – mynewshub.cc

Tags: Hadi AwangPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd