• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan P.Pinang Mesyuarat Isu Persempadanan

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Pakatan Harapan Pulau Pinang akan bermesyuarat hari ini bagi mendapat satu pendirian bersama dalam membantah cadangan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata mesyuarat itu akan dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Harapan supaya satu pendirian bersama dapat dicapai mengenai bantahan terhadap proses persempadanan semula SPR.

“Kami akan bermesyuarat dalam peringkat negeri untuk mendapat satu pendirian bersama dalam bantahan terhadap persempadanan semula itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sains Corner di Perpustakaan Awam Pulau Pinang di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan di mana mesyuarat negeri itu akan diadakan dan siapa yang dijangka hadir.

Beliau berkata perbincangan di peringkat pusat yang akan dibuat melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan itu, masih belum ditetapkan.

“Saya masih belum dapat apa-apa makluman tentang perbincangan di peringkat pusat dan pengumuman mengenainya akan dibuat kelak,” katanya.

Sementara itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata mengikut saluran undang-undang, bantahan berhubung proses persempadanan semula itu boleh dibuat melalui kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan sebagai wakil rakyat.

“Bantahan juga boleh dibuat dengan mengumpulkan seratus pengundi berdaftar kerana perkara ini jelas akan menghakiskan prinsip demokrasi,” katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri juga akan membawa perkara ini ke mahkamah kerana cadangan persempadanan semula itu akan menjejaskan pengundi di beberapa kerusi DUN di Pulau Pinang.

Minggu lepas, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Engpakatan harapanPersempadanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd