• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Diri Padah Putus Cinta Di Udara

oleh Ahmad Albab
03/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan membuka pintu kecemasan di dalam pesawat yang berada ribuan meter di udara selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mahu memutuskan hubungan mereka.

Kejadian itu berlaku kelmarin dalam penerbangan Air China dari Chongqing ke Beijing, selepas teman wanita lelaki dikenali sebagai Zhang, 18, itu tiba-tiba memberitahu dia mahu berpisah.

Disebabkan itu Zhang hilang pertimbangan dan cuba membunuh diri dengan membuka pintu kecemasan pesawat. Tindakan itu bagaimanapun gagal apabila dia ditahan kakitangan pesawat.

Kerana tindakannya itu, Zhang dipenjara 15 hari manakala kekasihnya, Wu, didenda 200 yuan (RM120) selepas didapati bersalah mengganggu ketenteraman di dalam pengangkutan awam.

Wu memberitahu polis, pertengkaran tercetus selepas dia cuba memutuskan hubungan dengan Zhang ketika penerbangan selama tiga jam itu.

Katanya, dia rasa tidak serasi dengan Zhang dan tidak mahu berhubung untuk beberapa hari, tetapi tanpa disangka kekasihnya bertindak di luar dugaan.

“Dia bangun dan berkata ‘saya mahu mati di depan kamu’,” katanya.

Namun Zhang terus meluru ke pintu keselamatan menyebabkan anak kapal bertindak pantas mengawalnya.

Pegawai keselamatan udara yang berada dalam pesawat itu mengesahkan kejadian berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Tags: pesawatPutus Cinta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd