• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator Kren Haram Diburu

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR – Kemalangan maut di Bukit Bintang pada 25 Ogos lalu dilihat sebagai insiden terakhir apabila Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) kini memburu operator kren menara yang beroperasi secara haram.

Mereka yang mempunyai sijil dan lesen kompetensi palsu akan dibanteras.

Pengarah DOSH di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang diarahkan untuk memeriksa operator kren menara di semua tapak pembinaan bermula Isnin dan hasilnya amat mengejutkan.

Di Johor sahaja, DOSH mengesan 47 operator kren menara mengguna lesen kompetensi palsu.

Ketua Pengarah DOSH, Datuk Mohtar Musri berkata, beliau memaklumkan kepada pengarah-pengarah negeri supaya membuat pemeriksaan terhadap semua kren dan sama ada operator itu kompeten, terlatih dan berlesen, susulan tragedi itu.

Pada 25 Ogos lalu, eksekutif pentadbiran, Joice Chin Khoon Sing, 24, yang sedang memandu di Jalan Raja Chulan di sini maut selepas penyangkut kren di tapak pembinaan jatuh dari ketinggian lebih 20 tingkat, menghempap keretanya.

“Tapak pembinaan itu dikesan mempunyai kren menara yang beroperasi secara haram dan diarahkan menghentikan kerja-kerjanya,” kata Mohtar ketika dihubungi.

“Tindakan akan diambil terhadap kontraktor utama atau mereka yang didapati perlu bertanggungjawab.”

Beliau berkata, ia merupakan tugas kontraktor utama di tapak pembinaan bagi memastikan mereka mematuhi standard dan peraturan yang ditetapkan.

Jentera berat seperti kren menara, katanya, ia merupakan tugas kontraktor utama bagi memastikan ia selamat dan dikendalikan oleh operator yang sah.

“Operator kren menara perlu mempunyai sijil yang sah dari segi kompetennya dan kren menara hanya dikendalikan oleh mereka yang mempunyai sijil kompetensi yang sah daripada DOSH.”

Mohtar berkata, segelintir kontraktor utama membenarkan ia dikendalikan oleh operator haram atau tidak terlatih.

“Segelintir operator haram menggunakan sijil yang tulen tetapi menggantikannya denga gambar asal pemegang lesen dengan gambar mereka.

“Kita mengubah sistem pensijilan dengan memasukkan kod QR, yang membolehkan kita mengimbas menggunakan telefon bagi mengurangkan penggubahan pada sijil itu.”

Mengenai kemalangan maut itu, Mohtar berkata, DOSH telah “mengecilkan punca dawai penyangkut terputus dan bagaimana kren itu dikendalikan di luar kawasannya”.

“Kita tidak boleh mendedahkannya bagi menunggu tindakan mahkamah yang akan diambil,” katanya.

Sementara itu, Pengarah DOSH Johor, Kormain Mohd Noor berkata, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai pemalsuan dokumen dan mengendalikan kenderaan berat secara haram.

“Operator haram biasannya beroperasi pada waktu malam bagi mengelakkan mereka dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, DOSH merekodkan 159 operator yang kompeten, dengan 273 kren menara aktif ketika ini di Johor.

Kormain berkata, sesetengah majikan memilih untuk menggaji pekerja tidak berlesen kerana lebih murah.

Sehingga kinu, seramai 30 pemilik kren menara didenda dengan jumlah RM75,000 dan enam pemilik kren menerima saman di atas pelbagai kesalahan berjumlah RM80,000.

Di George Town, Pengarah DOSH negeri, Mohd Rosdee Yaakob berkata, “Ops Kren Menara” di sini akan diteruskan sehingga Khamis.

“Kita akan mengeluarkan arahan menghentikan kerja-kerja pembinaan sekiranya terdapat sebarang perkara yang menyalahi peraturan,” katanya pada Isnin.

Mohd Rosdee berkata, DOSH juga mengkaji semula kontrak penyelenggaraan firma dan data mereka.

“Setakat ini, kita telah periksa empat kren menara di dua tapak pembinaan.

“Kita merampas satu kren dan mengeluarkan dua notis,” tambahnya. – The Star/mStar Online

Tags: DOSHKren
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nicole Scherzinger Tak Percaya Botoks Untuk Cantik

Next Post

Presiden Filipina Gelar Obama ‘Anak Pelacur’

Related Posts

DOSH Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Tanah Runtuh Paya Terubong

22/10/2018
0

GEORGE TOWN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh...

Kontraktor Projek Jln Bukit Kukus Diminta Tambahbaik Prosedur Operasi

15/10/2018
0

GEORGE TOWN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang meminta pihak kontraktor projek Jalan Bukit Kukus menambahbaik prosedur...

Next Post

Presiden Filipina Gelar Obama 'Anak Pelacur'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd