• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MYMATA, Evolusi Baharu Awasi Kanak-Kanak Di Taska

oleh AK-47
08/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem MYMATA yang diperkenalkan kini dilihat sebagai evolusi baharu dalam bidang keselamatan di negara ini dengan mengawasi keadaan persekitaran anak-anak di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pendekatan ini boleh menyakinkan ibu bapa dengan keselamatan anak-anak kecil mereka di taska.

Beliau berkata menerusi sistem ini, kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di taska dan ibu bapa boleh mengakses video keadaan anak mereka di taska menerusi peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan juga komputer.

“Ia berupaya meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan di taska, saya sudah lama sarankan agar taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) wujudkan sistem ini.

“Alhamdulillah, pihak Ipinfra Networks Sdn Bhd tampil untuk laksanakan sistem ini dan mereka akan wujudkan lebih banyak sistem ini di taska-taska sedia ada khususnya di Putrajaya dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan sistem MYMATA di Taska Komuniti Kompleks Penyayang Bakti Bandar Sri Damansara dekat sini, hari ini.

Rohani turut menyarankan agar taska-taska yang ada mengambil peluang keemasan ini dengan menggunakan sistem tersebut bagi melahirkan persekitaran masyarakat yang harmoni dalam peringkat keluarga dan masyarakat.

Ketika ditanya mengenai yuran pembayaran bagi sistem MYMATA ini, Rohani berkata yuran bulanannya sangat berpatutan iaitu hanya RM10 sebulan.

Sistem MYMATA menggunakan teknologi terkini ‘cloud video’ di mana operator taska, pihak JKM, kementerian dan ibu bapa mengakses video secara langsung malahan boleh memantau video yang telah dirakam selama seminggu dan sebulan.

“Kita tak nak bebankan lagi ibu bapa yang sekarang khuatir untuk hantar anak mereka ke taska selepas kes dera berlaku di taska. Maka dengan ini, mereka tak perlu risau akan keselamatan anak mereka sendiri kerana mereka boleh tengok keadaan anak melalui live streaming,” katanya.

Sistem ini boleh dikongsi dengan sebanyak mana peranti mudah alih dengan menggunakan satu akaun sahaja dan ia juga mesra pengguna bagi semua golongan umur. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkeselamatantaska
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Profesion R&D Perlu Tawar Pendapatan Tarik Belia ASEAN

Next Post

Selebriti Laman Sosial ‘Layan’ VVIP RM30K Semalam?

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post

Selebriti Laman Sosial 'Layan' VVIP RM30K Semalam?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd