KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihati DAP supaya menangguhkan mengeluarkan kenyataan berhubung Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.
Kata beliau, DAP sepatutnya bertindak bijak dengan tidak mengeluarkan kenyataan ke atas Haron yang boleh menimbulkan kemarahan sesuatu kaum tanpa sebarang faedah kepada politik dan negara.
“Jika pun ada perbezaan dengan orang yang baru meninggal, orang yang bijak akan menangguhkan pendapatnya pada waktu yang sesuai. Pilihlah masa yang sesuai,” nasihatnya kepada DAP dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau dipercayai berkata demikian berikutan tindakan seorang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan biadap ke atas kematian Haron berbunyi:Â ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.
Umum mengetahui PAS menjadi musuh ketat DAP sejak Majlis Syura Ulama PAS membatalkan kerjasama politik dengan parti cauvanis itu pada tahun lalu demi mempertahankan akidah Islam.
DAP kini menjalin kerjasama dengan parti Islam baharu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan.
Mohd. Asri bagaimanapun mengingatkan semua pihak bahawa masih ada pemimpin DAP menunjukkan kematangan politik dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Mursyidul Am PAS itu.
Terdahulu, beliau dalam kenyataan sama menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan bodoh pemimpin DAP terbabit kerana ia tidak akan memberi sebarang faedah politik.
“Hanya pemimpin bodoh sahaja yang tidak tahu menjadi sensitiviti awam. Apalah faedah dari kenyataan buruk pemimpin DAP tertentu mengenai kematian Haron pada waktu ini?
“Jika ini mentaliti pihak berkenaan, maka tidak layak menjadi pemimpin di mana-mana peringkat bagi masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.
Tinjauan Mynewshub dalam ruangan komen di Facebook Mohd. Asri (Dr. Maza) pula mendapati sebilangan netizen mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan DAP.
Hassan M Alias: “Kelakar la…zaman nabi pun ramai anti islam tapi rilek je…siap boleh layan baik lagi…”
Maiyy Zall: “Jangan sebar dakyah karut konon DAP jahat..rakyat malaysia ramai yang berfikiran terbuka..tau beza kenyataan orang atau kenyataan parti..sikit-sikit salah DAP salah sendiri tak pulak nak kaji..walau bagaimana pun yang menghina jenazah tetap bersalah tak kira Islam atau kafir dan wajib ditegur.”
Zainal Bin Ahmad: “DAP bukan musuh Islam tetapi individu yg mengeluarkan kenytaan yg memusuhi Islam.”
Onny Izwan: “DAP bukan ‘musuh Islam’, UMNO dan PAS bukan ‘parti Islam’. Ketiga-tiga ini hanyalah parti politik yang mahukan kuasa pemerintahan di Malaysia. Dengar nasihat orang berilmu macam Dr. Maza. Jangan buat andaian sendiri kerana hati emosional.”
Wan Zlatan: “Habis kau nak buat apa? Perang dengan cina? Kejap lagi cina tutup kedai kau nak makan apa?”
Mohd Rizwan Hamsin: “Dr. Maza/admin pun jangan lah nak over sangat. Kita yang muslim ni kena chill lah sikit. Apa yang diorang cakap tu tak luak pun pada kita. Yang kita nak emo ni pasaipa?”
Ul Ala Almaarri: “Hipokrit! Tidak mempercayai Jabatan Kehakiman Amerika tetapi mempercayai Jabatan Kesihatan Amerika dengan sepenuh nyawa sendiri!” -Â MYNEWSHUB.CC

