• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mitsubishi Yakin Jual 12,000 Kenderaan Pada 2016

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (MMM) yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 12,000 unit tahun ini, melepasi jualan tahun lepas sebanyak 10,344 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Won-Chul berkata setakat Julai, MMM telah menjual kira-kira 6,000 kenderaan dan tiga model pilihan utama ialah Triton, kenderaan utiliti sukan kompak ASX dan Outlander.

“Triton merupakan model paling laris dan menguasai hampir 50 peratus jumlah jualan, diikuti dengan ASX, Outlander dan model lain.

“Berikutan pelancaran Triton MIVEC baru-baru ini, kami menyasar untuk menjual purata 1,000 unit model ini sebulan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pusat 3S (jualan, penyelenggaraan dan alat ganti) Mitsubishi di sini hari ini.

Pusat berkenaan merupakan bilik pameran ke-55 Mitsubishi, dikendalikan oleh pengedar sah MMM, Sin Kwung Jidosha Sdn. Bhd. di Jalan Chan Sow Lin.

Bilik pameran seluas 30,000 kaki persegi itu melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta.

Mengenai industri automotif, Yang berkata prospeknya kekal mencabar pada separuh kedua tahun ini setelah jumlah keseluruhan industri (TIV) susut hampir 10 peratus pada separuh pertama.

“Walaupun kami tidak menjangka industri akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini, MMM tetapi mengekalkan jualannya,” katanya.

Bagi meningkatkan jualan, Yang berkata MMM akan meneruskan pelbagai promosi dan memperkenalkan model yang diperbaharui dan ditambah baik.

Beliau berkata MMM merancang untuk membuka beberapa pusat 3S dalam tahun kewangan semasa.

Kini terdapat 55 bilik pameran dengan 47 daripadanya merupakan pusat 3S serta 53 pusat penyelenggaraan di seluruh Malaysia. – BERNAMA

Tags: mitsubishi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebelum Jadi Duta, Yuna Dah Memang Pakai Mitsubishi ASX

05/05/2016
0

YUNA atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 29, dipilih menjadi duta kempen Mitsubishi ASX dalam kolaborasi terbaharu penyanyi terkemuka ini dengan Mitsubishi Motors...

Penerbangan Sulung Pesawat Penumpang Mitsubishi

12/11/2015
0

Tokyo - Jet penumpang komersial Jepun yang yang projeknya dimulakan 50 tahun lalu, membuat penerbangan sulung hari ini. Pesawat 100...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd