• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misha Omar Kongsi Nama, Gambar Anak Sulung

oleh AK-47
03/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH 11 hari selamat melahirkan anak, penyanyi terkenal Misha Omar akhirnya berkongsi nama dan gambar comel anak sulungnya.

Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa ini juga dilaporkan telah dibenarkan pulang setelah beberapa hari diletakkan di bawah pengawasan doktor kerana tidak cukup bulan, malam tadi.

Dalam pada itu, Misha mengakui setelah bergelar seorang ibu, dia melalui pelbagai pengalaman yang menguji dirinya.

“Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan apabila doktor memaklumkan perkembangan kesihatan Idris bertambah baik dan dibenarkan pulang.

“Sepanjang seminggu lalu, saya melalui getir episod kehidupan baharu yang menguji kasih sejati seorang ibu.

“Biarpun mempunyai pengalaman membesarkan dua anak sebelum ini, namun banyak perkara baharu yang saya pelajari dan cuba fahami sejak kelahiran Idris.

“Saya bersyukur dipilih Allah untuk melalui pengalaman ini, membuatkan saya lebih menghargai amanah dan tanggungjawab sebagai ibu,” katanya kepada BH Online.

Misha Omar Kongsi Nama, Gambar Anak Sulung

Sementara itu, Misha memberitahu, doktor yang merawatnya turut menasihatinya agar tidak menerima kehadiran tetamu untuk memastikan bayinya bebas daripada masalah kesihatan.

“Saya memahami ramai yang ingin bersama meraikan kegembiraan ini apabila mendapat tahu saya sudah menimang cahaya mata.

“Saya menganggapnya sebagai doa, malah begitu terharu apabila menerima ucapan tahniah daripada semua. Hanya Tuhan yang mampu membalas semua itu.

“Cuma untuk sementara waktu, doktor menasihatkan saya supaya tidak menerima tetamu sehingga Idris benar-benar sihat dan membesar seperti bayi lain.

“Saya harap permintaan ini dipenuhi kerana saya mengutamakan kesihatan bayi yang begitu sensitif dengan persekitaran.”

Bagaimanapun kerana tidak mahu mengecewakan ramai peminat, Misha sudi berkongsi foto anaknya itu.

Pada 24 Ogos lalu, Misha selamat melahirkan bayinya di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firos pada 2 Mei 2014. Pasangan ini juga memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Misha Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syafinaz ‘Penyelamat’ Vokal Misha

21/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Akur suara adalah aset utama yang menentukan jangka hayatnya sebagai penyanyi, Misha Omar, nekad berguru dengan pensyarah...

Jadi Komposer, Imran Idam Misha Nyanyi Lagunya

07/03/2018
0

SELEPAS mendapat taraf penduduk tetap Malaysia, penyanyi Imran Ajmain kini menyimpan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu buat penyanyi berbakat besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd